USD Kembali Lemah, China Batalkan Rundingan Perdagangan Minggu Ini

USD Kembali Lemah, China Batalkan Rundingan Perdagangan Minggu Ini

Dollar didagang rendah pada hari Isnin berbanding euro dan pound didorong oleh perkembangan isu perang perdagangan kembali menghimpit sentimen pelabur

Dollar didagang rendah pada hari Isnin berbanding euro dan pound didorong oleh perkembangan isu perang perdagangan kembali menghimpit sentimen pelabur.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain jatuh -0.09%, daripada 94.37 kepada 94.13 mata setakat jam 5.25 petang.

Wall Street Journal melaporkan, China telah membatalkan rundingan perdagangan peringkat pertengahan bersama AS termasuk rancangan lawatan Timbalan PM China, Liu He ke Washington pada minggu ini.

Agensi Berita Xinhua pula berkata, “Pintu rundingan perdagangan sentiasa terbuka namun perbincangan perlu dibuat dalam suasana kedua-dua negara saling menghormati antara satu sama lain”.

Kenyataan ini bermaksud rundingan tidak mungkin dapat dibuat di dalam keadaan China dibawah ancaman tarif.

China telah menambah senarai produk import AS yang akan dikenakan tarif dengan jumlah sehingga $60 billion.

Mankala AS pula telah mengumumkan penambahan $200 billion tarif ke atas import China yang akan berkuatkuasa pada hari ini.

Ketidaktentuan di dalam pasaran kebiasaannya akan menarik para pelabur untuk mencari aset-aset safe haven yang dapat mengurangkan risiko pelaburan mereka sepanjang tempoh risk aversion.

Perkembangan negatif hubungan perdagangan ini turut memberi kesan ke atas negara Australia yang merupakan rakan dagang utama negara China.

Walaupun dollar melemah, AUD/USD  tetap didagang rendah, susut -0.18% ke paras 0.7278.

Selian itu, kelamahan dollar turut memperlihatkan pemulihan kecil pound dan euro dengan GBP/USD naik 0.34% kepada 1.3114, sementara EUR/USD pula naik 0.16% kepada 1.1769

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: