Gary Cohn, penasihat ekonomi Trump meletakkan jawatan beliau serta merta semalam selepas mesyuarat di "Oval Office" setelah Trump mendesak samada Cohn
Gary Cohn, penasihat ekonomi Trump meletakkan jawatan beliau serta merta semalam selepas mesyuarat di “Oval Office” setelah Trump mendesak samada Cohn akan menyokong keputusan Presiden AS itu dalam pelan menaikkan kadar tarif ke atas keluli dan aluminium.
Cohn dikatakan sependapat dengan Trump tentang perlunya pendirian yang lebih tegas terhadap China dalam polisi perdagangan mereka namun beliau tidak sehaluan dalam cadangan kenaikan tarif ini dan merasakan ianya akan menjadikan perdagangan AS tidak produktif. Cohn dikatakan diberikan kata dua oleh Trump dan beliau memilih untuk meletak jawatan.
Trump dijangka akan menandatangani perintah tersebut pada minggu ini, dan ia bakal memberi impak kepada Kanada, Mexico dan blok Kesatuan Eropah yang bakal menghadapi kenaikan tarif ini. Matawang sepeti CAD, MXN dan EUR mungkin pasti akan terjejas teruk ekoran polisi perdagangan baharu Trump ini.
USD berundur berbanding kebanyakan matawang utama dunia bermula sesi dagangan AS semalam. Emas dan Yen turut mendapat permintaan yang tinggi apabila pelabur mula beralih kepada instrumen “safe haven”.
Kalendar ekonomi hari ini agak sibuk dan padat dengan beberapa terbitan data penting dari EU, AS dan Kanada. Bermula dengan laporan KDNK Kesatuan Eropah pada jam 6 petang, kemudian disusuli oleh Tukaran Pekerjaan ADP dan Imbangan Perdagangan pada jam 9.15 dan 9.30 malam dan akhir sekali adalah Penyata dan Keputusan Kadar Faedah Bank of Canada (BOC) pada jam 11 malam.
BOC dijangka tidak akan menaikkan kadar faedah mereka kali ini setelah berbuat demikian pada awal tahun ini. Rundingan NAFTA dan pengenalan tarif baharu keluli dan aluminium menjadi alasan paling kukuh pada waktu ini untuk tidak menaikkan kadar faedah. Permintaan pada minyak hanya memberi sedikit kesan kepada matawang CAD pada ketika ini.
Pasangan matawang USDCAD telah pun berjaya memecahkan EMA250 untuk pandangan jangka masa sederhana-panjang dan menembusi paras rintangan/resistance yang sekian lama cuba ditembusi sejak tahun lalu. Namun semalam terbentuk satu ‘bearish engulfing’ terbentuk di carta D1 memberikan petanda pembetulan pasaran jangka masa pendek mungkin akan berlaku.
COMMENTS