USD Mengukuh Dengan Perkembangan Positif Ekonomi AS Pada Suku Tahun Ke-4 2017

USD Mengukuh Dengan Perkembangan Positif Ekonomi AS Pada Suku Tahun Ke-4 2017

Dollar meningkat ke paras tertinggi harian berbanding kesemua matawang utama yang lain pada hari Rabu selepas laporan menunjukkan pertumbuhan ekonomi

Dollar meningkat ke paras tertinggi harian berbanding kesemua matawang utama yang lain pada hari Rabu selepas laporan menunjukkan pertumbuhan ekonomi AS bergerak lebih pantas pada suku tahun keempat (Q4).

Bacaan akhir GDP Q4 2017 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan meningkat kepada 2.9% dalam unjuran tahun ke tahun, lebih perlahan berbanding suku tahun sebelumnya, namun lebih tinggi berbanding jangkaan yang hanya melihat peningkatan sekitar 2.5%.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain melonjak 0.35% kepada 89.26 setakat jam 9.10 malam.

Data perbelanjaan pengguna yang dikaji semula turut naik ke paras 4.0%, merekodkan peningkatan terbesar dalam tempoh 3 tahun.

Angka-angka yang dikeluarkan dijangka akan melancarkan perjalanan Fed untuk meningkatkan kadar faedah lebih aggresif pada tahun ini.

Laporan-laporan yang positif melebihi jangkaan ini juga berjaya mengurangkan sedikit tekanan yang berlaku akibat perang perdangangan antara China dan AS.

Selain daripada laporan oleh Global Times China yang mengatakan bahawa China akan mula mengeluarkan senarai tariff ke atas barangan AS, perbincangan Presiden Trump dengan Canselor Jerman, Angela Merkel berkenaan aktiviti dagangan China turut mengeruhkan keadaan.

Apa yang menjadi kebimbangan pasaran ketika ini adalah potensi kesan buruk yang akan muncul dalam ekonomi global sekiranya kedua-dua kuasa besar ekonomi ini saling menekan dan terus menghalang aliran masuk perdangangan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: