USD Menjadi Tema Utama Minggu Ini Dengan Perkembangan Fed & Trump

USD Menjadi Tema Utama Minggu Ini Dengan Perkembangan Fed & Trump

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain merosot ke paras 96.78 di awal pembukaan sesi dagangan minggu in

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain merosot ke paras 96.78 di awal pembukaan sesi dagangan minggu ini.

Data NFP pada hari Jumaat yang lalu telah mengejutkan pasaran dengan penambahan 2.5 juta pekerjaan pada bulan Mei, jauh daripada ramalan yang melihat penyusutan 7.5 juta.

Hal ini kerana 12 juta orang telah memohon insurans pengangguran yang baru sepanjang tempoh tinjauan tersebut.

Dolar AS meningkat dengan dorongan laporan tersebut berikutan pemulihan sektor pekerjaan dilihat akan meningkat keyakinan untuk Fed beransur-ansur keluar daripada pendekatan dasar yang longgar.

Walau bagaimanapun, pengangguran masih berada 19.5 juta lebih rendah berbanding bulan Februari dan hal ini menyebabkan sebahagian penganalisis melihat Fed tidak akan mengubah nada dan mengekalkan unjuran mereka yang dovish.

Namun begitu, sentimen risiko masih dianggap kukuh sehingga mendorong pengunduran indeks USD bagi tempoh masa yang terdekat.

Di samping itu, pasaran masih menantikan pengesahan lanjut tentang pemulihan sektor pekerjaan AS menerusi data-data ekonomi yang akan dikeluarkan pada minggu ini.

Isu perang perdagangan antara AS dengan China dan EU yang menjadi kempen pilihan raya Trump yang lalu juga akan terus menjadi faktor utama mempengaruhi permintaan dolar pada minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: