USD Meroket Selepas Data Jualan Runcit Bulan April Dikeluarkan

USD Meroket Selepas Data Jualan Runcit Bulan April Dikeluarkan

Jualan runcit AS bergerak lebih perlahan pada bulan April dan menurut angka rasmi yang dikeluarkan menunjukkan momentum perbelanjaan pengguna di awal

Jualan runcit AS bergerak lebih perlahan pada bulan April dan menurut angka rasmi yang dikeluarkan menunjukkan momentum perbelanjaan pengguna di awal suku tahun kedua 2018 semakin lemah.

Berdasarkan laporan Jabatan Perdagangan, bacaan jualan runcit bulan April naik lebih rendah berbanding ramalan 0.4% kepada 0.3%, manakala data bulan Mac yang dikaji semula meningkat ke paras 0.8%

Jualan Runcit Teras bagi bulan April yang mengecualikan jualan automobil, gasolin, bahan pembinaan dan perkhidmatan makanan turut naik sebanyak 0.3% dan menunjukkan peningkatan 0.4% pada data bulan Mac yang dikaji semula.

Jualan runcit teras menjadi salah satu komponen perbelanjaan pengguna di dalam KDNK negara.

Sementara itu, indeks pembuatan New York pada bulan Mei pula naik lebih tinggi berbanding jangkaan kepada 20.10 mata.

Pasaran secara keseluruhan menyambut baik laporan-laporan ekonomi yang dikeluarkan pada sesi dagangan AS terutamanya data kaji semula jualan runcit yang menunjukkan perkembangan yang baik.

Sentimen tersebut sekali gus mengukuhkan lagi permintaan USD selepas matawang euro dan pound jatuh akiabt laporan pekerjaan UK dan data sentimen ZEW Jerman yang mengecewakan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.69% kepada 93.21 mata setakat naik 9.30 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: