USD Pulih Daripada Pullback Hari Jumaat, Naik Semula Ke Paras Tertinggi 3 tahun setengah

USD Pulih Daripada Pullback Hari Jumaat, Naik Semula Ke Paras Tertinggi 3 tahun setengah

Dollar terus meningkat berbanding matawang utama yang lain pada hari Isnin, pulih daripada pullback hari Jumaat ke paras tertinggi tiga tahun setengah

Dollar terus meningkat berbanding matawang utama yang lain pada hari Isnin, pulih daripada pullback hari Jumaat ke paras tertinggi tiga tahun setengah yang lalu.

Sehingga jam 10.50 malam, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback naik 0.38% kepada 91.66 mata, angka tertinggi sejak 11 Januari yang lalu.

Lonjakan hasil bon 10-tahun AS menembusi paras psikologi 3% serta prospek rate hike Fed yang lebih cepat telah mendorong pengukuhan dollar sejak dua minggu lepas.

Peningkatan USD telah menekan semula EUR/USD jatuh 0.43% kepada $1.2083, manakala GBP/USD susut 0.09% kepada 1.3770.

Kelemahan pound didorong oleh skandal imigrasi yang telah memberi tamparan hebat kepada pentadbiran Perdana Menteri, Theresa May yang masih dalam persediaan menyelesaikan rundingan Brexit untuk tahun terakhir.

Selain itu, bacaan awal KDNK Q1 UK yang dikeluarkan pada Jumaat lalu menunjukkan pertumbuhan ekonomi pada suku tahun pertama bergerak lebih perlahan, sekali gus menenggelamkan jangkaan rate hike BoE pada bulan Mei.

Perhatian para pelabur kini beralih kepada kenyataan mesyuarat FOMC serta data NFP bulan April yang akan dikeluarkan pada minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: