USD Pulih Dengan Harapan Ransangan Fiskal Akan Diluluskan Sebelum Pilihan Raya

USD Pulih Dengan Harapan Ransangan Fiskal Akan Diluluskan Sebelum Pilihan Raya

Perkembangan isu pakej ransagan terbaru Amerika Syarikat terus menjadi pemandu utama kepada USD pada minggu ini. Speaker dewan Nancy Pelosi berkat

Perkembangan isu pakej ransagan terbaru Amerika Syarikat terus menjadi pemandu utama kepada USD pada minggu ini.

Speaker dewan Nancy Pelosi berkata parti Demokratik semakin hampir mencapai kesepakatan terhadap bantuan fiskal koronavirus yang baru bersama White House.

Namun beliau tetap memperingatkan bahawa rang undang-undang tersebut berkemungkinan akan mengambil masa yang lebih lama untuk dibahaskan di Kongres.

Harapan yang cerah untuk melihat ransangan fiskal ini dilaksanakan sebelum pilihan raya AS pada 3 November telah memulihkan permintaan greenback.

EUR/USD jatuh di bawah paras 1.1800 manakala GBP/USD pula merosot lebih 100 pips ke paras 1.3065.

Ketua Perunding EU, Michel Barnier telah tiba di London bagi menyambung rundingan perdagangan yang telah terhenti sejak seminggu lalu.

Barnier dan wakil perunding UK, David Frost akan meneruskan perbincangan yang lebih mendalam walaupun kedua-dua belah pihak mengakui jurang perbezaan yang signifikan terutamanya bahagian-bahagian penting seperti hak perikanan seusai dengan tuntutan EU.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: