USD: Serangan ‘Twitter’ Trump Mengaburi Hawkish Minit Fed

USD: Serangan ‘Twitter’ Trump Mengaburi Hawkish Minit Fed

Minit Fed yang dikeluarkan awal pagi tadi memperlihatkan keyakinan ahli FOMC terhadap pertumbuhan ekonomi dan lebih optimis bahawa inflasi akan mencap

Minit Fed yang dikeluarkan awal pagi tadi memperlihatkan keyakinan ahli FOMC terhadap pertumbuhan ekonomi dan lebih optimis bahawa inflasi akan mencapai sasaran 2% bank pusat tidak lama lagi. Hal ini telah meningkatkan lagi jangkaan rate hike pada bulan Jun hadapan.

Laporan tersebut berjaya mengurangkan sedikit kerugian greenback berbanding matawang utama yang lain, dengan indeks USD naik semula ke paras 89.26 daripada 89.04

Walau bagaimanapun, sell-off saham ekuiti pada sesi AS yang lalu telah menghalang USD daripada bangkit dengan sokongan hawkish tersebut.

Pergerakan ini tidak mengejutkan kerana tumpuan utama pasaran sejak semalam adalah perkembangan politik di Amerika serta maklum balas Trump berkenaan isu serangan kimia di Syria.

Pada awal minggu ini, Trump telah membatalkan lawatan beliau ke Amerika Latin untuk menyediakan jawapan berkenaan dakwaan serangan kimia di Syria. Dan semalam, menerusi laman Twitter, Trump memberi amaran kepada Russia bahawa peluru berpandu akan bergerak ke Syria.

Amaran ini dikeluarkan kerana Russia sehingga kini menjadi penyokong utama kepada kerajaan Assad yang telah membunuh rakyat mereka sendiri. Pentagon turut menyatakan kesediaan untuk memberi pilihan ketenteraan kepada Trump jika diperlukan.

Utusan PBB daripada Russia membalas keyataan Trump dengan menggesa supaya Amerika bertahan daripada mengambil sebarang tindakan dan berkata Russia akan bertanggugjawab jika terdapat sebarang misi tentera yang dijalankan secara haram.

Sehingga hari ini, masih belum dapat dipastikan sejauh mana tindak balas Trump terhadap isu yang berkaitan di Syria, dan tekanan tersebut telah menyebabkan kebanyakkan pelabur masih menjual dollar.

Selain itu, kenyataan Speaker Dewan AS Paul Ryan untuk tidak bertanding pada pemilihan semula bulan November telah mengurangkan keupayaan pentadbiran Trump untuk mendapatkan penguasaan penuh di Kongress, sekali gus menimbulkan ketidaktentuan di dalam politik Amerika Syarikat.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: