USD VS CAD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 12-16 Disember 2016

USD VS CAD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 12-16 Disember 2016

Bank of Canada, BOC telah mengekalkan kadar asas faedah pada kadar 0.5% pada hari Rabu minggu lalu iaitu kadar faedah yang diguna pakai sejak Julai 20

Bank of Canada, BOC telah mengekalkan kadar asas faedah pada kadar 0.5% pada hari Rabu minggu lalu iaitu kadar faedah yang diguna pakai sejak Julai 2015. Dengan bacaan agak baik KDNK sukuan ketiga ditambah dengan tanda-tanda ekonomi dunia yang lebih baik telah membuatkan BOC mengekalkan polisi sedia ada. Dipacu dengan kestabilan harga minyak dunia, Dolar Kanada ditutup kukuh berbanding Greenback minggu lalu. Data dicatat OHLC adalah 1.32873, 1.33561, 1.31314, 1.31762.

 

Minggu hadapan Dolar Amerika dipercayai akan lebih memacu pergerakan USDCAD. Seperti diketahui ramai, Federal Open Market Comitee, FOMC akan membuat keputusan berkenaan kadar faedahnya dengan pasaran menjangkakan ianya akan dinaikkan 25 mata asas kepada 0.75%. Nada FOMC yang Hawkish juga dijangka akan membawa USDCAD ke harga lebih tinggi. FOMC akan membuat sidang medianya pada  Khamis jam 3.30 pagi waktu Malaysia. Hari Khamis juga akan menyaksikan data Jualan Pembuatan bulan November dari Kanada akan diterbitkan. Tidak lupa juga ucapan Gabenor BOC, Stephen Poloz berkenaan Sistem Kewangan di Otawa. Kebiasaannya setiap ucapan Poloz dinantikan para pelabur bagi mencari tip-tip berkenaan pandangan hadapan BOC.

 

Pandangan teknikal ditambah dengan sentimen pengurangan pengeluaran minyak mentah oleh OPEC dan NON-OPEC, USDCAD lebih menjurus kepada Downtrend di USDCAD. Paras Resistant terhampir setelah merujuk di D1 adalah BRN 1.325, 1.33, dan 1.335 manakala harga Support BRN terdekat adalah 1.313, 1.307. dan 1.30. Jika FOMC menaikkan kadar faedahnya, USDCAD ada peluang menguji paras Resistant dahulu sebelum menyambung penyusutannya ke bawah. Selagi sentimen pemotongan pengeluaran minyak mentak oleh OPEC dan NON-OPEC berkekalan, USDCAD akan lebih cenderung bergerak menguji 1 demi 1 paras Support. Mengikut teknikal Ichimoku Kinko Hyo di H1 dan H4 harga penutupan minggu lalu telah berjaya menerobos di bawah awan iaitu tanda-tanda Downtrend.

 

Dengan kadar kecairan dalam pasaran pada bulan Disember yang kurang berbanding lain-lain bulan, adalah dinasihatkan para pedagang berhati-hati dalam meletakkan sesuatu posisi dalam dagangan. Kebiasaannya pada bulan Disember seperi tahun-tahun sudah, pergerakan pips semua mata wang boleh melangkaui purata kebiasaan pergerakan dalam sehari berbanding bulan-bulan biasa.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: