USD vs Safe Haven, Minggu Hadapan Jadi Penentu

USD vs Safe Haven, Minggu Hadapan Jadi Penentu

Permintaan Yen, Swiss Franc, Emas melonjak pada akhir minggu lepas apabila sentimen risk-off menguasai pasaran di pertengahan sesi New York hari Jumaa

Permintaan Yen, Swiss Franc, Emas melonjak pada akhir minggu lepas apabila sentimen risk-off menguasai pasaran di pertengahan sesi New York hari Jumaat yang lalu.

Para pelabur mula mengeluarkan dana daripada aset berisiko seperti saham dan berpindah kepada instrumen safe haven yang dipercayai dapat mengurangkan pendedahan risiko pelaburan mereka.

Antara faktor yang menjadi kegusaran para pelabur ketika ini adalah seperti berikut:

1) Selepas lawatan kerja Anton Morozov (wakil perlimen Hal Ehwal Antarabangsa Rusia) di Korea Utara, beliau mengatakan Pyongyang sedang bersiap sedia untuk menjalankan ujian peluru berpandu jarak jauh (ICBM) yang baru tidak lama lagi
2) ICBM tersebut dipercayai boleh terbang ke arah kawasan barat Amerika Syarikat berdasarkan pengiraan matematik yang telah diberikan
3) Korea Utara sebelum ini telah berjaya menghasilkan bom Hidrogen menerusi pengakuan mereka serta ledakan yang dikesan oleh jabatan kaji cuaca US
4) Dunia ketika ini bimbang jika Korea Utara berjaya menghasilkan ICBM yang mampu membawa senjata nuklear terbang ke US
5) Pegawai US dari Washington mengatakan ujian tersebut mungkin akan dijalankan pada 10 Oktober nanti sempena hari ulang tahun penubuhan Parti Pekerja Korea Utara.

Sumber: Reuters

Kesimpulan

Sentimen risk-off ini kebiasaannya hanya memberi kesan jangka masa pendek pada pasaran jika tidak berlarutan atau jika tumpuan pasaran mula beralih kepada data-data ekonomi penting yang lain. Secara keseluruhan pasaran masih optimis dengan ekonomi US berikutan inflasi yang semakin pulih berdasarkan bacaan indeks inflasi yang lebih positif pada minggu lalu, meningkatkan lagi keyakinan bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah pada bulan Disember.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain mengekalkan peningkatan empat minggu berturut-turut, tutup di paras 93.80.

Sumber: Tradingview

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: