USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/09-07/09/2018

USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/09-07/09/2018

Ulasan Minggu Lalu Yen ditutup kukuh minggu lepas berbanding Dolar AS dengan OHLC W1 dicatat 111.318, 111.833, 110.689, 111.067. Yen bermula dengan

Ulasan Minggu Lalu

Yen ditutup kukuh minggu lepas berbanding Dolar AS dengan OHLC W1 dicatat 111.318, 111.833, 110.689, 111.067. Yen bermula dengan baik Isnin lepas, menyusut pada Selasa dan Rabu. Hari Khamis menyaksikan permintaan Yen agak baik kerana mode Risk-Off mula masuk dalam pasaran. Jumaat pula sesi ambilan untung menyebabkan Yen dijual semula bersempena penutupan pasaran bulan Ogos.

 

Sentimen Pasaran Ringkas

Daripada Tokyo, cuma terdapat 6 data berimpak kecil dan 1 sederhana akan diterbitkan minggu hadapan. Dijangkakan kuat lemah yen minggu depan akan dipacu oleh mood jual beli Dolar AS.

 

Beralih kepada Washington pula, minggu depan merupakan minggu NFP daripada Washington. Namun sebelum itu terdapat 3 data makroekonomi berimpak tinggi yang menarik akan diterbitkan iaitu ISM Manufacuring PMI, ADP Non-Farm Employment Change, dan ISM Non-Manufacturing PMI. ADP Non-Farm Employment boleh dikatakan boleh membayangi apakah keputusan Jumaat NFP nanti. Sebarang impak positif daripadanya mungkin boleh diteruskan kepada Jumaat nanti.

 

Risiko Pasaran

Dijangka sentimen Risk On masih berterusan minggu hadapan kecuali berita-berita Trade War yang mungkin akan dicetuskan Trump. Isu serangan ekonomi AS terhadap Turki juga boleh mengaktifkan mode Risk-Off buat sementara jika ianya masih timbul.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan

Gambaran awal di TF W1, 2 minggu lalu USDJPY seakan-akan membentuk CSR Morning Star. Namun CSR ini agak tidak kukuh jika dilihat ianya begitu sahaja semata-mata. CSR ini memerlukan Confirmation lain-lain aspek teknikal. Namun USDJPY mungkin berpotensi terus mengukuh dengan syarat tiada New Low yang lebih rendah daripada 109.760.

Semakan lanjut di TF D1 menunjukkan USDJPY telah sah membuat Breakout ke atas satu Trendline seperti dalam rajah di bawah. Breakout ini boleh mengukuhkan CSR Morning Star yang terbentuk di TF W1 2 minggu lepas. Kebiasaannya selepas harga membuat Breakout suatu Trendline ianya akan menguji semula paras Breakaway tersebut. Jika USDJPY melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih rendah, ianya mungkin senderung menguji RBS 110.90, 110.275, dan 109.760. Jika ianya terus naik pula, SBR terhampir adalah di 110.400, 112.030, dan 112.815.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

Buka akaun dagangan nyata bersama saya untuk signal PERCUMA : www.cikgufahmifx.com

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: