USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 08/01-12/01/2018

USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 08/01-12/01/2018

Ulasan Minggu Lalu Dolar ditutup kukuh berbanding Yen minggu lepas di sebalik kurangnya kecairan dalam pasaran. OHLC W1 minggu lepas dicatat sebaga

Ulasan Minggu Lalu

Dolar ditutup kukuh berbanding Yen minggu lepas di sebalik kurangnya kecairan dalam pasaran. OHLC W1 minggu lepas dicatat sebagai 112.601, 113.303, 112.050, 113.023. Yen merupakan salah 1 mata wang yang lebih lemah berbanding Dolar walaupun majoriti kaunter mencatatkan kenaikan berbanding Dolar AS.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 08/01-12/01/2018

Langsung tiada data berkala berimpak tinggi daripada Tokyo akan diterbitkan minggu hadapan kecuali 7 data berimpak kecil sahaja. Dijangkakan pergerakan USDJPY lebih banyak akan dipacu kelemahan Dolar AS minggu depan.

 

Beralih ke AS minggu hadapan, terbitan data berkala daripada AS minggu depan agak terhad dengan PPI m/m, CPI m/m, Core CPI m/m, Core Retail Sales m/m dan Retail Sales m/m  yang masing-masing akan diterbitkan pada hari Khamis dan Jumaat. Semua data berimpak tinggi ini merupakan data bacaan yang dapat menggambarkan inflasi semasa di AS. Sebarang sentimen positif dijangka dapat melegakan tekanan jualan Dolar AS.

 

Risiko Pasaran

Isu nuklear antara AS dan Korea Utara dengan mudah boleh menidakkan sebarang sentimen positif yang dibawa data berkala yang positif daripada AS. Hanya 1 berita terkini walaupun ianya bersifat khabar angin boleh membawa sentimen Risk-Off dalam pasaran.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan 08/01-12/01/2018

Secara kasar USDJPY kini bergerak dalam Sideway Range diantara 113.435 dan 112.060 iaitu jarak Sideway 140pips. RBS BRN terhampir adalah di 112.070 yang boleh dijadikan sempadan jarak dekat bagi tempoh dagangan seminggu hingga sebulan. SBR seterusnya adalah berada di 113.435, 119.905, dan 114.445. Jika melihat RBS pula, 112.060, 111.470 dan 110.840 merupakan paras harga selepas sempadan bawah Sideway Range. Semakan di TF lebih besar masih mendapati USDJPY sedang kukuh berada dalam posisi Uptrend bagi jangka masa sederhana panjang. Walaubagaimanapun pergerakan USDJPY dalam tempoh dekat mungkin akan terhad kepada Trendline yang digambarkan dalam rajah.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: