USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 10/09-14/09/2018

USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 10/09-14/09/2018

Ulasan Minggu Lalu Yen ditutup kukuh minggu lepas berbanding Dolar AS dengan OHLC W1 dicatat 111.108, 111.768, 110.386, 110.984. Yen bermula dengan

Ulasan Minggu Lalu

Yen ditutup kukuh minggu lepas berbanding Dolar AS dengan OHLC W1 dicatat 111.108, 111.768, 110.386, 110.984. Yen bermula dengan langkah kanan Isnin lepas, menyusut pada Selasa dan Rabu. Hari Khamis menyaksikan permintaan Yen agak baik kerana mode Risk-Off mula masuk sementara dalam pasaran. Jumaat pula sesi Yen dijual semula kerana data NFP AS mengembalikan mood belian Dolar AS

 

Sentimen Pasaran Ringkas

Daripada Tokyo, terdapat 13 data berimpak kecil yang akan diterbitkan minggu hadapan. Dijangkakan kuat lemah yen minggu depan akan dipacu oleh mood jual beli Dolar AS.

 

Beralih kepada Washington pula, sangat meriah dengan data berkala makroekonomi daripada AS minggu depan. Bermula Selasa hingga Jumaat terdapat 21 semua kategori data akan diterbitkan. Fokus kepada data berimpak tinggi, data yang akan diterbitkan adalah berkenaan Inflasi. PPI m/m, CPI m/m, Core CPI m/m, Core Retail Sales m/m, dan Retail Sales m/m. Jika sentimen yang dibawa keseluruhan data ini adalah positif, Dolar AS sangat berpeluang untuk menyambung pengukuhan minggu lepas dan USDJPY mengukuh pula

 

Risiko Pasaran

Dijangka sentimen Risk On masih berterusan minggu hadapan kecuali berita-berita sensasi yang boleh membuatkan sentimen Risk-Off seperti Trade War masuk seketika dalam pasaran.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan

Gambaran awal di TF W1, 3 minggu lalu USDJPY seakan-akan membentuk CSR Morning Star. Namun CSR ini agak tidak kukuh jika dilihat ianya begitu sahaja semata-mata. CSR ini memerlukan Confirmation lain-lain aspek teknikal. Namun USDJPY mungkin berpotensi terus mengukuh semula dengan syarat tiada New Low yang lebih rendah daripada 109.760

Penelitian lanjut di D1 ada ternampak 1 CSR Evening Star terbentuk bagi gabunagn CS Selasa, Rabu dan Khamis. Ini mungkin petanda awal USDJPY mahu meneruskan penurunan dahulu sebelum terus meningkat naik ke harga lebih tinggi (Berpandukan gambaran awal di TF W1 di perenggan sebelum ini). Apa-apa kenaikan mungkin cenderung menguji SBR 111.250, 111.760 dan 112.155. Jika ianya meneruskan susutan minggu lepas dan minggu sebelumnya RBS yang terdekat pula adalah di 110.690, 110.390, dan 110.100.

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

Buka akaun dagangan nyata bersama saya untuk signal PERCUMA : www.cikgufahmifx.com

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: