USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 18/09-22/09/2017

USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 18/09-22/09/2017

Ulasan Minggu Lalu Dolar ditutup kukuh berbanding Yen minggu lepas walaupun Korea Utara telah melancarkan satu lagi ICBM merentasi Pulau Hokaido da

Ulasan Minggu Lalu

Dolar ditutup kukuh berbanding Yen minggu lepas walaupun Korea Utara telah melancarkan satu lagi ICBM merentasi Pulau Hokaido dan jatuh di Lautan Pasifik. Para pelabur secara amnya mungkin telah bosan dengan isu Korea Utara dan mengabaikan tindakan Korea Utara minggu lepas. Pengukuhan Dolar AS berbanding Yen juga banyak dibantu data inflasi yang diterbitkan daripada AS minggu lepas adalah lebih baik daripada jangkaan. Secara amnya USDJPY telah menokok melebihi 250pips daripada harga pembukaan Hari Isnin lepas.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 18/09-22/09/2017

Selepas aksi BOE minggu lepas yang sangat Hawkish, minggu depan giliran BOJ pula bagi membuat penetapan kadar faedahnya. Ini akan berlangsung sekitar waktu dagangan Asia Khamis 21/09/2017. Pasaran tidak menjangkakan ada perubahan kadar faedah daripada BOJ. Selepas BOJ membuat penetapan kadar faedahnya, Gabenor BOJ pula akan membuat sidang media berkenaan pandangan masa hadapan BOJ. Para pelabur sudah semestinya menantikan nada BOJ dan mencari-cari bayangan bilakah masa sebenar BOJ akan mula melakukan Tapering dalam pakej rangsangan ekonomi Jepun kini. Jika nada BOJ adalah Hawkish, Yen berpeluang mengukuh kelak. Secara amnya tugas BOJ adalah sukar kerana Jepun memerlukan nilai Yen yang tidak terlalu tinggi bagi industri eksportnya.

 

Beralih ke AS, cuma terdapat 2 data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada AS akan diterbitkan iaitu Bulding Permits dan Unemployment Claims. Namun tumpuan sebenar bagi pelabur adalah hari penetapan kadar faedah daripada FOMC. Tidak dijangkakan akan ada perubahan kadar faedah semasa daripada FOMC. Tetapi apa yang dijangkakan menggerakkan kekuatan Dolar AS adalah sidang media pasca penetapan kadar faedah itu. Ini sangat getir kerana dalam sentimen jualan Dolar AS yang begitu hebat sekarang, nada ucapan Feds Chair Yellen akan sentiasa diperhatikan. Sentimen Yellen ini dijangka penentu kekuatan Dolar sehingga mesyuarat akan datang.

 

Risiko Pasaran

Ketidaktentuan geopolitik yang dicetuskan Korea Utara masih lagi belum reda sepenuhnya dan masih lagi beleh mencetuskan suasana panik dalam pasaran. Jika Korea Utara masih berdegil dan melancarkan 1 lagi roket ke arah Jepun atau negara lain, USDJPY akan susut semula kerana pelabur akan mula melakukan belian aset Safe-Heaven dalam suasana panik.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan 18/09-22/09/2017

RBS terhampir USDJPY adalah 110.650, 110.050, 109.540, dan 108.860. RBS ini mungkin akan diuji semula setelah harga berjaya membuat Breakout ke atas tiga Trendline seperti yang ditunjukkan dalam rajah. MA8 dan MA21 sudah bersilang di D1 dan ada kemungkinan USDJPY akan terus naik ke harga lebih tinggi lagi. Kenaikkan USDJPY mungkin cenderung singgah di SBR 111.035, 111.325, 111.710, dan 112.190. Gap 2 minggu lalu juga telah ditutup dan kini Gap terdekat adalah di 107.832 nun jauh di bawah.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 3
  • comment-avatar
    fazli 7 years ago

    Salam
    Maaf tn..mohon kepastian..maksudnya usd jpy kemungkinan besar usd jpy akan mendaki semula ye…

  • DISQUS: