USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 28/05-01/06/2018

USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 28/05-01/06/2018

Ulasan Minggu Lalu Dolar ditutup lemah berbanding Yen Jepun minggu lepas dengan OHLC 110.891, 111.404, 108.948, 109.375. Sejak 8 minggu kebelakanga

Ulasan Minggu Lalu

Dolar ditutup lemah berbanding Yen Jepun minggu lepas dengan OHLC 110.891, 111.404, 108.948, 109.375. Sejak 8 minggu kebelakangan, inilah kali pertama USDJPY membentuk CS di W1 sebagai Bearish. CSP di W1 minggu lepas adalah CSR Dark Cloud Cover. Pengukuhan Yen dilihat adalah kerana sentimen Risk-Off yang masuk ke dalam pasaran sejak hari Selasa minggu lepas.

 

Sentimen Pasaran Ringkas

Langsung tiada data berkala berimpak tinggi daripada Tokyo akan diterbitkan minggu hadapan kecuali 8 data berimpak kecil sahaja. Dijangkakan pergerakan USDJPY lebih banyak akan dipacu sentimen Risk-Off jika ianya berterusan.

 

Minggu depan merupakan minggu NFP daripada AS. Sebelum terbitnya data NFP, 3 data berimpak tinggi akan dikeluarkan iaitu CB Consumer Confidence, ADP NFP, dan Prelim GDp q/q. Sentimen data berkala bagi berimpak sederhana juga tidak kurang meriahnya dengan 4 yang akan diterbitkan. Data NFP akan diterbitkan pada hari Jumaat jam 8.30 malam waktu Malaysia.

 

Risiko Pasaran

Setakat minggu lepas mood belian Dolar dilihat amat baik namun Risk-Off sempat masuk ke dalam pasaran dan membuatkan belian aset selamat dirangsang lalu mengehadkan USDJPY untuk terus naik dan naik. http://money.cnn.com/data/fear-and-greed/

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan

Pemerhatian di D1 dan W1 menggunakan indikator Stochastics, USDJPY masih lagi berada dalam posisi Oversold. 1 Trendline USDJPY di D1 telah dibuat Breakout ke bawah dalam gerakan Uptrend seperti yang digambarkan dalam rajah. Jika USDJPY meneruskan penurunan, RBS terhampir adalah di 108.946, 108.667 dan 108.285. Manakala SBR terdahulu adalah di 109.732, 110.050 dan 110.476. Perlu diingatkan bahawa CSP minggu lalu telah membentuk CSR Dark Cloud Cover. CSP ini merupakan tanda awal memungkinkan gerakan Uptrend sudah berakhir di W1.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: