vietnam-semiconductor

Vietnam Bentang Rancangan Peralihan Tenaga AS$15.5b

Vietnam telah membentangkan pelan tindakan AS$15.5 bilion untuk beralih daripada tenaga arang batu.

Pengumuman tersebut menunjukkan komitemen mereka untuk mencapai pelepasan karbon bersih-sifar menjelang 2050 menerusi program Perkongsian Peralihan Tenaga Adil (JETP), di mana negara yang lebih kaya akan membantu negara membangun beralih kepada tenaga bersih dengan lebih cepat.

Pada Jumaat yang lalu, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh mengumumkan Rancangan Mobilisasi Sumber (RMP) berbilion dolar di luar perbincangan iklim COP28 di Dubai.

“Kami komited kepada mekanisme terbuka, infrastruktur yang baik dan pengurusan pintar,” katanya kepada perwakilan.

Bagaimanapun, pakar alam sekitar menjelaskan bahawa hasrat Vietnam untuk menggunakan loji arang batu sehingga penghujung operasi hayat mereka menimbulkan kebimbangan.

Pelan Vietnam mengandungi beberapa elemen “membimbangkan”, terutamanya niat untuk menggunakan loji arang batu “secara fleksibel” daripada menutupnya lebih awal, kata Leo Roberts, ahli strategi alam sekitar EG3.

Beliau juga telah menghantar mesej yang jelas bahawa Vietnam tidak melakukan peralihan secepat atau pada skala yang sepatutnya, “dan itu tidak menggalakkan pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui”.

Berkata diluar COP28, Roberts berkata peralihan tenaga yang berjaya memerlukan input daripada semua lapisan masyarakat.

“Ketiadaan proses perundingan yang jelas dan inklusif telah mengehadkan skala cita-cita RMP,” kata Roberts.

Andri Prasetiyo, seorang penyelidik di Senik Center Asia di Indonesia, bersetuju dengan kebimbangan Roberts.

“Pelan penggemblengan sumber tidak realistik, ia tidak cukup progresif,” kata beliau.

“Negara ini akan memberikan isyarat bercampur-campur ke arah tenaga boleh diperbaharui, yang pastinya akan berbahaya,” tegasnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *