Virus Bakal Memicu ‘Tsunami Penipuan’ Di UK – KPMG

Virus Bakal Memicu ‘Tsunami Penipuan’ Di UK – KPMG

Krisis Covid-19 dijangka memicu tsunami penipuan di UK apabila mahkamah dan penguatkuasaan undang-undang dapat kembali beroperasi sepenuhnya, jelas f

Krisis Covid-19 dijangka memicu tsunami penipuan di UK apabila mahkamah dan penguatkuasaan undang-undang dapat kembali beroperasi sepenuhnya, jelas firma perakaunan KPMG.

KPMG dalam laporan yang dikeluarkan pada hari ini menyebutkan walaupun kes penipuan adalah lebih sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya, namun ianya akan berubah apabila mahkamah kembali aktif.

“Senario Covid-19 telah menyebabkan peningkatan tekanan kewangan ke atas individu dan organisasi, membuka lebih banyak peluang untuk melakukan penipuan,” ujar ketua penyiasatan KPMG UK, Roy Waligora.

“Hal ini mungkin akan mendorong lebih banyak risiko penipuan dan salah laku dalam laporan kewangan serta penipuan di kawasan-kawasan tumpuan yang lama”, tambah beliau.

Kes jenayah yang tertunggak di England dan Wales telah mencecah 37,434 pada akhir tahun lalu, dan dijangka meningkat akibat wabak berikutan sebahagian mahkamah terpaksa menghentikan operasi mereka buat sementara waktu.

Selain itu, KPMG mengatakan sebahagian kes juga mungkin berpunca dari program pengekalan pekerjaan yang diperkenalkan oleh negara.

“Kami melihat akan berlaku lebih banyak aktiviti HMRC (pencukaian dan kastam) di mana skim bantuan kerajaan disalahgunakan”, kata Waligora.

Analisis KPMG berkaitan pendakwaan penipuan di mahkamah UK menunjukkan hanya 76 kes didengar pada separuh pertama tahun 2020, menurun daripada 217 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

Kejatuhan 65% mencerminkan kesan virus pada penguatkuasaan undang-undang dan menunjukkan keadaan “tenang sebelum ribut,” jelas mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: