Virus, Inflasi Jejas Pemulihan Ekonomi, Mesyuarat Fed Tumpuan Utama Minggu Ini

Virus, Inflasi Jejas Pemulihan Ekonomi, Mesyuarat Fed Tumpuan Utama Minggu Ini

Para penggubal dasar Fed dijangka mengekalkan dasar monetari longgar bagi membantu syarikat dan para pekerja AS bertahan dari tekanan wabak sementara

Para penggubal dasar Fed dijangka mengekalkan dasar monetari longgar bagi membantu syarikat dan para pekerja AS bertahan dari tekanan wabak sementara peningkatan harga dan kes jangkitan mula menjejaskan pemulihan ekonomi.

Namun begitu, pasaran dan pelabur tetap akan memerhatikan petunjuk mengenai julat waktu untuk Fed mula mengecilkan pembelian bon bulanan mereka dari mesyuarat dua hari yang akan berlangsung minggu ini

Program pembelian bon bertujuan untuk meringankan pinjaman semasa krisis mula menunjukkan kesan-kesan negatif apabila inflasi melonjak ke paras tertinggi ketika perniagaan kembali dibuka dan pengguna telah menghabiskan simpanan bagi menghadapi bulan-bulan terburuk akibat wabak.

Selain itu, fokus juga tertumpu kepada isyarat bahawa Fed akan menilai semula janji mereka untuk mengekalkan kadar faedah sifar sehingga ekonomi mencapai tenaga kerja maksimum.

Pengerusi Fed Jerome Powell berulang kali mengatakan bahawa kenaikan inflasi adalah kesan sementara ekonomi untuk kembali normal dan bank pusat mempunyai alat untuk bertindak balas jika lonjakan berlangsung terlalu lama.

Walau bagaimanapun, ketua strategi pelaburan di CFRA Research, Sam Stovall berkata, kelajuan kenaikan harga ketika ini mungkin telah mengejutkan bank pusat.

“Saya jangka mereka (ahli FOMC) akan terus mengatakan ia (lonjakan inflasi) adalah sementara, namun dalam keadaan tidak senang duduk, sedikit cemas dengan angka yang lebih tinggi daripada jangkaan”, ujar beliau.

Secara keseluruhan, Fed dilihat tidak akan mengubah rangsangan dasar mereka pada minggu ini atau pada tahun ini.

Powell telah berjanji untuk mengumumkan lebih awal dan jelas jika berlakunya perubahan tersebut, dan para penganalisis yakin bahawa beliau akan melakukannya pada persidangan tahunan bank pusat di Jackson Hole, Wyoming pada Ogos hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: