Volatiliti Pasaran Akan Terus Meningkat Menjelang Pilihan Raya Presiden AS

Volatiliti Pasaran Akan Terus Meningkat Menjelang Pilihan Raya Presiden AS

Para pelabur kini bimbang jika kemerosotan tahap kesihatan Presiden Trump menjelang pilihan raya bulan hadapan akan menjejaskan pasaran saham, yang m

Para pelabur kini bimbang jika kemerosotan tahap kesihatan Presiden Trump menjelang pilihan raya bulan hadapan akan menjejaskan pasaran saham, yang mana telah mencatat prestasi terburuk sejak penjualan bulan Mac lalu.

“Hal ini telah memicu lebih ketidakpastian terhadap hasil pilihan raya”, kata Roberto Perli, ketua penyelidikan dasar di Cornerstone Macro, Washington.

“Saya melihat bahawa pasaran telah menunjukkan penghindaran sejak akhir-akhir ini terutamanya terhadap ketidaktentuan, bukan kepada hasil kemenangan salah satu calon”, tambah beliau.

Selain itu, Perli juga mengatakan bahawa pasaran kini sedang memberi tumpuan kepada pakej ransangan AS terbaru yang dijangka akan diluluskan tidak lama lagi.

“Jika hal itu berlaku, ianya akan menutup sekurang-kurangnya sebahagian ketidakpastian yang dipicu oleh berita-berita Covid”, jelas Perli.

Selain isu pilihan raya, pasaran juga akan memerhatikan ucapan yang akan disampaikan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell pada hari Selasa di hadapan Persatuan Ekonomi Perniagaan Nasional.

Powell dijangka mengulangi keperluan untuk dilaksanakan ransangan fiskal tambahan dengan segera bagi mengurangkan beban pemulihan ekonomi yang sedang semakin perlahan.

Menjelang laporan minit mesyuarat FOMC bulan September yang akan dikeluarkan pada hari Rabu, pasaran juga akan meneliti kenyatan-kenyataan yang akan dikeluarkan oleh para pembuat dasar bank pusat bagi mencari prospek ‘rate hike’ dalam beberapa tahun ke depan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: