Volvo Cars Ambil Alih Geely, Bakal Kuasai Sepenuhnya Operasi Di China

Volvo Cars Ambil Alih Geely, Bakal Kuasai Sepenuhnya Operasi Di China

Volvo Cars mengumumkan pengambilalihan pegangan syarikat induk Zhejiang Geely Holding daripada syarikat usaha sama mereka di China, dan langkah ini m

Volvo Cars mengumumkan pengambilalihan pegangan syarikat induk Zhejiang Geely Holding daripada syarikat usaha sama mereka di China, dan langkah ini membolehkan Volvo Cars membuat penyenaraian awam (IPO) bagi menarik lebih banyak pelabur-pelabur berpotensi.

Geely yang turut memiliki 9.7 peratus pegangan di dalam Daimler itu pada awal tahun lalu mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk Volvo termasuk IPO dan penyenaraian pasaran saham.

Ia merupakan perkembangan terbaharu setelah kedua-dua belah pihak Geely Automobile dan Volvo Cars membatalkan perancangan untuk bergabung pada Februari lalu.

Menurut penganalisa Handelsbanken Capital Markets, Hampus Engellau berkata, pengambilalihan penuh perniagaan di China dilihat mampu melancarkan usaha penyenaraian IPO oleh Volvo Cars.

“Semakin jelas struktur pemilikan, semakin jelas pegangan pihak berkepentingan di dalam syarikat, maka semakin mudah bagi para pelabur untuk mempertimbangkan pelaburan mereka,” tambah beliau.

Volvo telah menjual 166,617 kenderaan di China pada tahun 2020, mewakili sekitar 25% daripada jumlah penjualannya.

Situasi itu akan jauh lebih baik pada tahun 2021, dengan penjualan Volvo di China untuk separuh pertama tahun ini meningkat hampir 45% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dan naik 40% pada tempoh yang sama pada tahun 2019.

Transaksi tersebut dijangka selesai pada tahun 2023 dan akan menjadikan Volvo sebagai pembuat kenderaan asing pertama dengan pemilikan penuh operasi China.

Walau bagaimanapun, CEO Volvo Cars Hakan Samuelsson menjelaskan mereka akan terus berkongsi platform dan komponen automotif dengan Geely, selaras dengan cara perniagaan bebas yang diamalkan.

Langkah yang sama turut diambil oleh BMW Group dan Volkswagen Group berikutan syarat gabungan dengan syarikat usahasama tempatan di China bakal dilonggarkan tahun hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: