Weidmann: Cetakan Wang Oleh ECB Tidak Sepatutnya Menjadi ‘Tanpa Batas’

Weidmann: Cetakan Wang Oleh ECB Tidak Sepatutnya Menjadi ‘Tanpa Batas’

Pembelian bon kerajaan secara besar-besaran oleh Bank Pusat Eropah (ECB) tidak sepatutnya berbentuk tanpa batas sehingga menjadikannya sebagai bantua

Pembelian bon kerajaan secara besar-besaran oleh Bank Pusat Eropah (ECB) tidak sepatutnya berbentuk tanpa batas sehingga menjadikannya sebagai bantuan tetap kepada kerajaan yang berhutang, jelas pembuat dasar ECB, Jens Weidmaan pada hari ini.

Weidmaan selaku ketua bank pusat Jerman Bundesbank mempertahankan pembelian fleksibel ECB yang mana menumpukan kepada hutang dari Itali yang masih bergelut, namun menyatakan sokongan tersebut perlulah bersifat sementara.

“‘Fleksibel’ bukanlah bermaksud ‘tanpa batas’,” kata Weidmann dalam satu rakaman mesej. “Sekali lagi, apa yang penting bagi saya adalah dasar kewangan tidak dijadikan sebagai insentif yang salah untuk pembiayaan awam.”

Beliau turut memberi amaran bahawa dasar ECB yang begitu longgar perlu diperketat ketika prospek ekonomi dilihat berpotensi mengeluarkan bank pusat daripada terbeban dan “keterikatan dengan politik”.

“Pembuat dasar tidak boleh menganggap bahawa kami (bank pusat) akan terus memastikan kos pembiayaan kerajaan rendah selama-lamanya atau mengenepikan sebarang perbezaan pada risiko kegagalan membayar hutang negara (sovereign risk),” tambah Weidmann.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: