goldemas5

WGC Turunkan Prospek Permintaan Emas Pada H2 2022

Majlis Emas Dunia (WGC) menurunkan prospek permintaannya untuk emas pada separuh kedua tahun ini selepas pasaran menyaksikan permintaan fizikal yang kukuh pada separuh pertama.

Penurunan itu didorong oleh beberapa faktor makroekonomi seperti pengetatan dasar monetari yang agresif dan kekuatan dolar AS yang berterusan.

Namun begitu, WGC tidak menafikan terdapatnya potensi pengukuhan dalam pelaburan emas keranan permintaan secara relatif dikatakan mendatar menjelang akhir tahun ini.

Permintaan emas fizikal dilaporkan jatuh sebanyak 948 tan atau 8% berbanding suku kedua 2021 selepas mencatat peningkatan 12% pada separuh pertama berjumlah 2,189 tan.

WGC berkata walaupun pertengahan pertama memperlihatkan prestasi yang paling tinggi sejak 2010, kelemahan suku kedua berisiko memperlahankan permintaan sepanjang pertengahan kedua.

Hal ini susulan inflasi yang dijangka menurun akibat pengetatan dasar yang lebih agresif, jelas WGC.

Bagaimanapun, berdepan dengan potensi gangguan bekalan pasaran komoditi lain, emas masih kekal sebagai pilihan aset paling selamat sebagai pelindung nilai.

Tambahan pula, situasi geopolitik yang tidak pernah terlepas daripada perhatian pelabur telah menyebabkan kedudukan bersih dalam niaga hadapan singkat, membuka pintu kepada short covering harga yang positif.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *