WHO Mengisytiharkan Kecemasan Global, Namun Menentang Sekatan Perjalanan

WHO Mengisytiharkan Kecemasan Global, Namun Menentang Sekatan Perjalanan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada malam Khamis yang lalu telah mengisytiharkan penularan wabak cornovirus sebagai kecemasan global. Namun be

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada malam Khamis yang lalu telah mengisytiharkan penularan wabak cornovirus sebagai kecemasan global.

Namun begitu, WHO menyuarakan tentangan terhadap terhadap sekatan perjalanan dan perdagangan.

Hal ini kerana sekatan tersebut akan mengakibatkan terbantutnya perdagangan dan menghalang para pekerja asing untuk kembali bertugas terutamanya di sektor perkilangan.

Selain itu, ketua pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus turut memuji China kerana dilihat berjaya menangani isu tersebut lebih baik berbanding wabak SARS yang merebak pada tahun 2003 yang lalu.

Zhang Jun selaku wakil China di PBB berkata pada persidangan di Vienna bahawa jumlah kes jangkitan coronavirus yang disahkan oleh kerajaan China mencapai 9,809 kes dengan angka kematian mececah 213 orang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: