WHO: Perangi Wabak Tiada Pilihan Lain Selain Memperluas Akses Vaksin Ke Negara Miskin

WHO: Perangi Wabak Tiada Pilihan Lain Selain Memperluas Akses Vaksin Ke Negara Miskin

Vaksin Koronavirus masih di luar jangkauan negara-negara miskin, kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hari Jumaat semalam, yang menjadi

Vaksin Koronavirus masih di luar jangkauan negara-negara miskin, kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hari Jumaat semalam, yang menjadi ulang tahun pertama kemudahan pembahagian dos COVAX.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berulang kali mengecam ketidaksamaan dalam pengedaran vaksin dan menggesa negara-negara kaya berkongsi lebihan dos yang ada untuk membantu menyuntik para pekerja kesihatan di negara berpendapatan rendah.

“Hampir 900 juta dos vaksin telah diberikan secara global, tetapi lebih dari 81% pergi ke negara berpendapatan tinggi atau menengah, sementara negara berpendapatan rendah hanya menerima 0,3%,” kata Tedros dalam laporan mengenai ACT (Akses ke Alat Covid-19) Accelerator yang dibangunkan setahun yang lalu.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von der Leyen dalam sidang media WHO turut mengakui kenyataan Tedros dengan menyebutkan, “Kita telah membuat pilihan yang berbeza. Kita tahu untuk melawan virus ini bukan sahaja secara domestik tetapi di seluruh kawasan dan negara, dari Asia sehingga pendalaman Afrika”.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron pula menyuarakan kekecewaannya apabila satu per enam warga Eropah dan satu per lima warga Amerika Utara telah menerima suntikan vaksin, namun hanya satu daripada seratus yang menerimanya di Afrika.

Mengulas tentang kemunculan varian baharu, Macron berkata, “Kemunculan varian baru menunjukkan bahawa kesihatan kita juga bergantung pada negara termiskin kerana masih banyak yang harus dilakukan”.

Bagi melancarkan serangan ke atas wabak, ACT Accelerator mensasarkan kutipan sehingga AS$22 bilion pada tahun ini, namun masih kurangan AS$19 bilion dan Tedros memperingatkan bahawa pemimpian dunia kini tidak mempunyai banyak pilihan.

“Sama ada melabur untuk menyelamatkan nyawa dengan menangani penyebab wabak ini atau terus menghabiskan bertrilion dolar tanpa penghujungnya.

“Kami hanya dapat mengakhiri pandemik dengan pemberian dana, berkongsi dan meningkatkan akses kepada alat yang kami perlukan untuk melawan penyakit ini,” katanya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: