WHO Perkecilkan Bahaya Penyebaran Wabak Koronavirus Melalui Bungkusan Makanan

WHO Perkecilkan Bahaya Penyebaran Wabak Koronavirus Melalui Bungkusan Makanan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hari Khamis memperkecilkan bahaya penyebaran koronavirus menerusi bungkusan makanan dan menggesa orang ramai

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hari Khamis memperkecilkan bahaya penyebaran koronavirus menerusi bungkusan makanan dan menggesa orang ramai supaya tidak takut virus memasuki rantaian makanan.

Dua bandar di China mengatakan mereka telah menemui jejak koronavirus dalam makanan sejuk beku yang diimport dan pada bungkusan makanan, menimbulkan kebimbangan bahawa penghantaran makanan yang tercemar mungkin menyebabkan penularan wabak baru.

“Orang ramai tidak patut takut kepada makanan, atau bungkusan makanan, atau pemprosesan atau penghantaran makanan”, kata ketua program kecemasan WHO, Mike Ryan di Geneva.

“Tiada bukti bahawa makanan atau rantai makanan mengambil bahagian dalam penularan virus ini. Dan orang harus merasa selesa dan selamat”, tambahan beliau.

Ahli epidemiologi WHO, Maria Van Kerkhove mengatakan bahawa China telah menguji ratusan ribu bungkusan dan “mendapati sangat sedikit, kurang daripada 10” yang terbukti positif virus.

WHO turut menggesa negara-negara yang sedang membuat perjanjian dua hala untuk vaksin agar tidak meninggalkan usaha pelbagai hala, kerana dunia masih terdedah jika hanya bergantung kepada vaksin.

Presiden Rusia Vladimir Putin pada hari Selasa lalu mengatakan bahawa Rusia telah menjadi negara pertama yang meluluskan peraturan untuk vaksin Covid-19 setelah menjalankan ujian klinikal ke atas manusia kurang dari dua bulan.

Keputusan Moscow di atas walau bagaimanapun menimbulkan kebimbangan di kalangan beberapa pakar. Hanya sekitar 10% ujian klinikal yang berjaya dan sebilangan saintis bimbang jika Moscow berkemungkinan mementingkan martabat negara berbanding keselamatan.

Bruce Aylward, penasihat kanan WHO dalam taklimat di Geneva berkata WHO tidak mempunyai maklumat yang cukup untuk memutuskan penggunaan vaksin Rusia yang lebih meluas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: