Wirecard Ke Arah Kebankrapan Dengan Hutang Mencecah Hampir $ 4 Billion USD

Wirecard Ke Arah Kebankrapan Dengan Hutang Mencecah Hampir $ 4 Billion USD

Syarikat penyedia perkhidmatan kewangan dan pembayaran terkemuka Jerman, Wirecard pada hari Khamis (25 Jun) berkata bahawa mereka telah menfailkan no

Syarikat penyedia perkhidmatan kewangan dan pembayaran terkemuka Jerman, Wirecard pada hari Khamis (25 Jun) berkata bahawa mereka telah menfailkan notis kebangkrapan selepas mendedahkan ketirisan AS$2 billion di dalam Akaun Amanah.

Tindakan tersebut menjadikan Wirecard sebagai satu-satunya anggota dalam perkongsian indeks saham blue-chip Jerman (DAX) keluar dari perniagaan.

Saham Wirecard digantung oleh Bursa Saham Franfurt sebelum laporan tersebut dikeluarkan dengan kerugian lebih 90% sejak juruaudit EY menolak untuk menandatangi penyata kira-kira 2019 mereka, sehingga menyebabkan pengunduran Markus Braun, CEO Wirecard paling lama.

Wirecard dalam kenyataan dua perenggan mereka berkata pihak pengurusan yang baru telah membuat keputusan untuk menfailkan status muflis pada Mahakamah Munich “kerana kebangkrutan dan hutang berlebihan”.

Penutupan Wirecard secara tiba-tiab telah menyebabkan hutang $3.5 billion EUR (AS$ 3.9 billion) tergantung sementara $1.75 billion EUR dipinjam daripada 15 buah bank dan 500 juta EUR adalah dari pelaburan bon.

Memetik sumber Reuters, walaupun syarikat tersebut mempunyai teras yang baik, namun dua pertiga jualan telah dipalsukan ke dalam akaun mereka.

“Tidak mungkin mereka dapat melunaskan hutang sebanyak $3.5 billion euro dengan teras tersebut, walaupun terpaksa berhadapan dengan semua tindakan undang-undang yang ada di depan mereka,” kata sumber kepada Reuters.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: