World Bank: Pemulihan Ekonomi China Pada Q2 Lebih Baik Dari Jangkaan

World Bank: Pemulihan Ekonomi China Pada Q2 Lebih Baik Dari Jangkaan

Dalam wawancara eksklusif bersama Xinhua News Agency pada hari Rabu, Martin Raiser, Pengarah Bank Dunia bagi Negera China, mengatakan bahawa pemuliha

Dalam wawancara eksklusif bersama Xinhua News Agency pada hari Rabu, Martin Raiser, Pengarah Bank Dunia bagi Negera China, mengatakan bahawa pemulihan ekonomi negara dari krisis Covid-19 dijangka lebih baik pada suku kedua (Q2).

“Ia sememangnya lebih tinggi dari apa yang telah kami unjurkan pada bulan Jun apabila kami menerbitkan laporan Prospek Ekonomi Global dan menaikkan ramalan kami sewajarnya”, ujar Raiser.

Raiser menyebutkan bahawa China memperoleh manfaat dari usaha kerajaan dan bank pusat membentangkan tindakan dasar fiskal dan monetari yang signifikan.

“Pembaharuan struktur untuk meransang pasaran dan persaingan juga akan membantu mendorong lebih banyak pelaburan swasta dan menghidupkan kembali pertumbuhan produktiviti”, tambah beliau.

Beliau juga menegaskan tiga kepentingan utama yang perli dititik beratkan iaitu memastikan pintu dagangan dan pelabur global terus dibuka.

Kedua memastikan syarikat korporat negara terus mencari rawatan dan vaksin yang efektif bagi menangani Covid-19.

Manakala yang ketiga mengambil lebih banyak langkah untuk mengurangkan impak kemelesetan global pada negara-negara miskin, termasuk yang memerlukan menerusi pelepasan hutang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: