bitcoin-eth

Wormhole Sahkan Kecurian Aset Kripto Bernilai Lebih AS$320 juta

Platform mata wang kripto Wormhole pada hari ini berkata bahawa “semua dana adalah selamat” selepas penggodam mencuri lebih daripada AS$320 juta (RM1.3 bilion) dari lamanya dalam rompakan kripto keempat terbesar dalam sejarah.

Wormhole, yang membenarkan pemindahan maklumat dari satu rangkaian kripto ke rangkaian yang lain berkata menerusi akaun Twitternya semalam bahawa mereka “dieksploitasi” untuk 120,000 unit token Ether, yang bernilai lebih AS$320 juta.

Kecurian terbaru itu sekali lagi menggegarkan laman kewangan terdesentralisasi (DeFi) yang sedang berkembang pesat walaupun kebanyakannya tidak dikawal.

DeFi membolehkan para pengguna memberi pinjaman, meminjam dan menyimpan dalam mata wang kripto tanpa melalui pintu kewangan tradisional seperti bank.

Wormhole dalam ciapan Twitter yang terkini berkata “kelemahan telah diperbaiki” dan sedang berusaha memulihkan rangkaian.

Dalam mesej di saluran Telegram, Wormhole tanpa memberi sebarang butiran menyebutkan, “Pembetulan telah dikerahkan dan semua dana adalah selamat.”

Firma analisis blockchain yang berpangkalan di London, Elliptic berkata bahawa penggodam dapat mencipta token wETH palsu dan hampir 94,000 daripadanya kemudian telah dipindahkan ke blockchain ethereum.

Elliptic juga menambah bahawa Wormhole telah menawarkan penggodam “ganjaran” AS$10 juta untuk memulangkan dana, sambil menyebutkan bahawa mesej yang tertanam dalam transaksi ether itu dihantar ke alamat digital penggodam

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *