WTI Didagang Dengan Kerugian Kecil, Bertahan Di Atas $40 Per Barel

WTI Didagang Dengan Kerugian Kecil, Bertahan Di Atas $40 Per Barel

Minyak mentah WTI kekal didagang negatif pada pertengahan sesi dagangan Eropah, mencatat kerugian kecil sekitar $41.25/30 setong, susut 15 sen atau 0

Minyak mentah WTI kekal didagang negatif pada pertengahan sesi dagangan Eropah, mencatat kerugian kecil sekitar $41.25/30 setong, susut 15 sen atau 0.38%.

Komoditi minyak gagal memanfaatkan lonjakan intraday dari paras psikologi $40 semalam apabila bertemu zon supply yang baru.

Selain itu, peningkatan dolar AS keluar dari paras terendah dua tahun lalu juga dilihat menjadi faktor utama menekan komoditi yang berkaitan dengan dolar termasuk pasaran minyak.

Permintaan dolar mengukuh dengan harapan pihak pentadbiran AS akan bersetuju dengan pakej bantuan fiskal bernilai $1 trilion yang dicadangkan oleh Senat.

Optimiss tersebut membantu mengurangkan kebimbangan terhadap outlook permintaan minyak dan menghadkan penurunan, serta membantu pasaran minyak mencari support terbaru sekitar harga $41.00

Walau bagaimanapun, jangkaan bahawa Fed akan kekal dovish tetap menjadi penghalang untuk USD mengekalkan peningkatan sepanjang hari Selasa.

Para pelabur kini dilihat telah mulai menetapkan harga terhadap jangkaan akan berlakunya penambahan beberapa pakej rangsangan oleh Fed berikutan kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi di AS yang berpotensi terhenti jika berlakunya kebangkitan semula kes koronavirus.

Fokus kini beralih kepada data ekonomi AS seperti indeks keyakinan pengguna CB, indeks pembuatan Richmond dan data bekalan minyak mentah oleh API yang dijangka mempengaruhi dinamik pergerakan harga minyak pada hari ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: