WTO: Sektor Pelancongan Global Dianggar Rugi AS$2 Trilion Tahun Ini

WTO: Sektor Pelancongan Global Dianggar Rugi AS$2 Trilion Tahun Ini

Pandemik koronavirus akan menyebabkan sektor pelancongan global kehilangan pendapatan sebanyak AS$2.0 trilion pada 2021, kata Pertubuhan Pelancongan

Pandemik koronavirus akan menyebabkan sektor pelancongan global kehilangan pendapatan sebanyak AS$2.0 trilion pada 2021, kata Pertubuhan Pelancongan Dunia (WTO) pada hari Isnin.

Badan pelancongan PBB yang berpangkalan di Madrid itu melihat pemulihan sektor pelancongan “rapuh” dan “perlahan”, di tambah dengan Eropah kini sedang bergelut dengan penularan mutasi varian baharu Covid-19, Omicron.

WTO juga melihat kemasukan pelancong antarabangsa pada tahun ini akan kekal 70-75 peratus di bawah 1.5 bilion ketibaan yang dicatatkan pada 2019 sebelum krisis wabak melanda dunia, kadar penurunan yang sama seperti pada 2020.

Menurut WTO, sektor pelancongan global telah pun kerugian AS$2.0 trilion pada tahun lalu, menjadikannya sektor paling buruk terjejas akibat krisis kesihatan ini.

Walaupun badan PBB yang dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan pelancongan itu tidak mempunyai anggaran prestasi bagi sektor ini pada tahun depan, namun prospek jangka sederhananya tidak menggalakkan.

“Terdapat penambahbaikan baru-baru ini, bagaimanapun kadar vaksinasi yang tidak sekata di seluruh dunia dan varian Covid-19 baharu (Delta dan Omicron) boleh memberi kesan kepada pemulihan yang perlahan dan rapuh,” kata WTO dalam satu kenyataan.

Pengenalan sekatan virus yang baru dan penutupan di beberapa negara dalam beberapa minggu kebelakangan ini menunjukkan situasi ketika ini sangat sukar diramalkan, jelas ketua WTO Zurab Pololikashvili.

“Ia adalah krisis yang bersejarah dalam industri pelancongan tetapi sekali lagi pelancongan mempunyai potensi untuk pulih dengan cepat,” tambahnya menjelang perhimpunan agung tahunan WTO di Madrid pada hari Selasa.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: