XAU/USD: Dapatkah Harga Emas Turun Melepasi $1,183.00?

XAU/USD: Dapatkah Harga Emas Turun Melepasi $1,183.00?

Harga emas masih kekal di zon positif pada hari Selasa sementara dollar juga meningkat dengan stabil selepas laporan yang mengatakan IMF telah menurun

Harga emas masih kekal di zon positif pada hari Selasa sementara dollar juga meningkat dengan stabil selepas laporan yang mengatakan IMF telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global bagi tahun 2018 dan 2019.

Pasaran niaga hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX naik 0.09% atau $1.10 kepada $1,189.70 per auns setakat jam 6.30 petang.

Menurut laporan Outlook Ekonomi Dunia, IMF berkata jangkaan pertumbuhan yang diterbitkan pada bulan Julai kini telah diturunkan daripada 3.9% kepada 3.7%.

Keputusan untuk menurunkan ramalan ini merupakan kali pertama dilakukan sejak Julai 2016 yang lalu.

Keadaan kewangan semakin buruk dan aliran keluar modal telah menekan pasaran negara membangun, sementara perang perdagangan antara AS dan rakan perdagangannya telah menjejaskan outtlok ekonomi dunia.

Ketua Ekonomi IMF Maurice Obstfeld berkata, “Pertumbuhan AS akan jatuh selepas sebahagian ransangan fiskal mereka menjadi terbalik”.

Beliau menambah, “Kami telah menurunkan jangkaan pertumbuhan AS bagi tahun 2019 disebabkan oleh tarif dalam pelbagai jenis import daripada China yang telah dikuatkuasakan serta tindak balas yang diambil oleh China.”

Outlook pertumbuhan negara China juga diturunkan daripada 6.4% kepada 6.2% pada tahun 2019.

Pasaran emas secara keseluruhannya telah menyusut sebanyak 13% sejak April yang lalu, dan dengan pengukuhan dollar dan peningkatan hasil bon AS telah menjadi katalis kepada penjualan emas.

Secara teknikal, emas telah bergerak mendatar untuk 9 minggu berturut-turut di dalam julat $1,183.00 – $1,210.00

Oleh itu pergerakan harga emas masih tiada arah yang jelas. Dalam keadaan dollar semakin mengukuh, harga emas berpotensi turun menguji support utama $1,183 (S1)  sebelum meneruskan penurunan sehingga paras $1,173 (S2) dan $1,145 (S3)

Resistance terhampir kini berada pada harga $1,195 dan $1,205.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: