yellen-biden2

Yellen: AS Ingin Tamatkan Kebergantungan Terhadap Unsur Nadir Bumi Dari China

Amerika Syarikat ingin menghapuskan kebergantungan “yang tidak wajar” terhadap unsur nadir bumi, panel solar dan beberapa barangan penting dari China.

Hal ini bertujuan menghalang Beijing daripada menyekat bekalan sebagaimana yang telah dilakukan kepada negara lain, kata Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen.

Yellen, yang tiba di ibu kota Korea Selatan lewat hari ini, menyebutkan bahawa beliau menggesa supaya AS meningkatkan hubungan perdagangannya dengan Korea Selatan dan sekutu yang dipercayai.

Perhubungan itu penting bagi meningkatkan daya tahan rantaian bekalan dan mengelakkan sebarang kemungkinan manipulasi oleh pesaing geopolitik, tambah Yellen.

“Rantaian bekalan yang berdaya tahan bermakna kepelbagaian sumber bekalan dan menghapuskan kemungkinan bahawa pesaing geopolitik akan dapat memanipulasi kita dan mengancam keselamatan kita,” katanya dalam satu temu bual hari ini.

Yellen berkata China mendengar kebimbangan AS dalam bidang yang lain dan beberapa langkah konstruktif dalam penstrukturan semula hutang negara berpendapatan rendah sedang dilakukan oleh mereka.

“Kami mempunyai kebimbangan berkenaan dengan China dan kami sedang menekan mereka, namun saya tidak ingin memberi gambaran permusuhan yang semakin meningkat dengan China,” ujarnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *