Yellen Gesa Agensi Negara Untuk Segera Kawal Selia ‘Stablecoin’

Yellen Gesa Agensi Negara Untuk Segera Kawal Selia ‘Stablecoin’

Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen menggesa pengawal selia kewangan negara untuk mempercepatkan pertimbangan mereka terhadap peraturan baru ba

Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen menggesa pengawal selia kewangan negara untuk mempercepatkan pertimbangan mereka terhadap peraturan baru bagi mengawal wang yang dipanggil ‘stablecoin’, sejenis mata wang kripto yang menyaksikan pertumbuhan pesat baru-baru ini dan sebahagian besarnya masih tanpa pengawasan.

“Setiausaha (Yellen) menekankan keperluan untuk bertindak segera bagi memastikan terdapatnya rangka kerja kawal selia AS yang sesuai,” kata Jabatan Perbendaharaan Isnin dalam satu kenyataan susulan mesyuarat Kumpulan Kerja Presiden terhadap Pasaran Kewangan.

Dalam pertemuan tersebut, kumpulan kerja itu membincangkan mengenai pertumbuhan mendadak stablecoins dan potensi untuk menggunakannnya sebagai salah satu kaedah pembayaran serta potensi risikonya ke atas pengguna akhir, sistem kewangan dan keselamatan negara.

Nilai stablecoin ditetapkan pada mata wang nasional atau komoditi dan disokong oleh simpanan aset negara tersebut.

Walaupun mata wang kripto seperti Bitcoin pada dasarnya telah berkembang menjadi aset pelaburan, stablecoin merupakan pilihan yang lebih menarik bagi mereka yang mencari bentuk wang digital yang mengekalkan kestabilan nilai.

Nilai pasaran stablecoin yang disokong dolar AS telah melonjak pada tahun lalu, melebihi AS$ 100 bilion pada bulan Mei.

Keadaan ini telah mencemaskan pihak penyelia terutamanya terhadap isu kekurangan pengawasan dan ketelusan tentang bagaimana penerbit menguruskan cadangan yang mereka miliki.

“Tidak begitu banyak pendedahan mengenai bagaimana stablecoin berfungsi dan apa yang menyokongnya,” kata Matthew Frankle, rakan kongsi di firma guaman Haynes & Boone LLP

Oleh itu, kemungkinan dorongan utama bagi para penyelia adalah untuk menyedikan keselamatan kepada pengguna. Peraturan baru itu akan mengurangkan margin keuntungan yang diperoleh penerbit namun dapat menarik lebih banyak pengguna di masa hadapan, jelas Frankle.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: