Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen semalam berkata rakyat Amerika berisiko mengalami lonjakan harga gas pada musim sejuk. Kenyataan itu dik
Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen semalam berkata rakyat Amerika berisiko mengalami lonjakan harga gas pada musim sejuk.
Kenyataan itu dikeluarkan apabila Kesatuan Eropah mengurangkan pembelian minyak Rusia dengan signifikan.
Beliau juga menambah bahawa had harga yang dicadangkan oleh Barat ke atas eksport minyak Rusia adalah bertujuan untuk mengawal harga. .
“Ia adalah satu risiko dan ini adalah satu risiko yang sedang kami usahakan untuk mengawalnya dengan mengehadkan harga,” kata Yellen kepada CNN.
Kenaikan harga berkemungkinan akan berlaku kerana EU “sebahagian besarnya akan menghentikan pembelian minyak Rusia” dan mengenakan larangan ke atas perkhidmatan yang membenarkan Rusia menghantar minyak dengan kapal tangki, jelas Yellen.
Cadangan had harga yang dipersetujui oleh negara maju G7 turut meyeru negara-negara yang mengambil bahagian untuk menolak insurans, kewangan, pembrokeran, navigasi dan perkhidmatan lain kepada kargo minyak yang meletakkan harga bagi produk mentah dan minyak melebihi had yang akan ditetapkan.
Yellen berkata had harga itu bertujuan mengurangkan hasil yang boleh digunakan Rusia untuk melancarkan perang di Ukraine sambil mengekalkan bekalan minyak Rusia untuk memastikan minyak harga global menurun.
COMMENTS