yellen-2

Yellen: Rusia Tawar ‘Diskaun Besar’ Untuk Pembelian Minyaknya Kepada China, India

Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen semalam menyebutkan bahawa rancangan had harga Barat ke atas minyak Rusia telah mula menyaksikan perubahan.

Kini Rusia dilaporkan sedang menawarkan kepada China dan India “diskaun besar” sambil mencari kawasan-kawasan yang lain untuk menjual minyaknya.

Pada bulan Disember ini, Eropah akan menghentikan sebahagian besar pembelian minyak Rusia, mencecah 3 juta tong sehari.

Keputusan itu telah memberi tekanan tambahan kepada Rusia untuk mencari pembeli-pembeli baharu bagi minyaknya.

Yellen dalam persidangan yang dihoskan oleh majalah The Atlantic berkata Eropah akan menghadapi musim sejuk yang sukar berikutan bekalan tenaga yang terhad.

Kesan keputusan Eropah untuk mengurangkan pengambilan bekalan tenaga dari Rusia akhir tahun ini turut dijangka akan melimpah ke negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Yellen berkata tindakan mengurangkan bekalan tenaga Rusia itu tidak berisiko untuk memberi kesan yang mendalam terhadap pertumbuhan ekonomi AS.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *