Setiasusaha Perbendaharaan AS Janet Yellen dalam satu kenyataan menggesa supaya Kongres menaikkan atau menangguhkan had siling hutang negara secepat
Setiasusaha Perbendaharaan AS Janet Yellen dalam satu kenyataan menggesa supaya Kongres menaikkan atau menangguhkan had siling hutang negara secepat mungkin.
Beliau memberi amaran jika para penggubal dasar gagal bertindak, AS berkemungkinan akan menghadapi risiko kegagalan membayar pinjaman yang serius pada bulan Ogos.
“Saya rasa tidak mampu untuk membayar hutang negara harus dianggap tidak masuk akal,” kata Yellen dalam keterangan kepada jawatankuasa kecil Senat.
“Kegagalan untuk meningkatkan had hutang itu akan membawa kesan yang sangant buruk kepada ekonomi,” jelas beliau.
Yellen berkata untuk mengelakkan ketidakpastian bagi pasaran kewangan, Kongres perlu meluluskan RUU had hutang yang baru supaya membolehkan Perbendaharaan untuk meneruskan pinjaman sebelum penggantungan terkini tamat pada 31 Julai.
Perbendaharaan pada masa lalu dapat mengatasi potensi kegagalan membayar selama beberapa bulan dengan menggunakan langkah-langkah luar biasa seperti menangguhkan sumbangan kepada dana pencen pekerja kerajaan.
Namun begitu, perbelanjaan program-program bantuan Covid-19 telah menambah ketidakpastian kepada aliran wang tunai kerajaan, ujar Yellen.
Langkah-langkah ini akan berakhir pada bulan Ogos, ketika Kongres sedang dalam tempoh cuti musim panas, tambah beliau.
COMMENTS