Yellen Yakin Gangguan Rantaian Bekalan & Kenaikan Harga Hanya Bersifat Sementara

Yellen Yakin Gangguan Rantaian Bekalan & Kenaikan Harga Hanya Bersifat Sementara

Gangguan dalam rantaian pengangkutan dan bekalan telah menyebabkan kenaikan harga dan kekurangan beberapa barang. Namun Setiausaha Perbendaharaan

Gangguan dalam rantaian pengangkutan dan bekalan telah menyebabkan kenaikan harga dan kekurangan beberapa barang.

Namun Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen semalam menggesa supaya rakyat Amerika tidak panik dengan situasi tersebut.

Kenaikan harga berkemungkinan tidak bertahan lama, dan pasti terdapat banyak produk yang tersedia untuk musim belanja percutian, kata Yellen dalam wawancara bersama CBS News.

“Saya percaya ini hanya bersifat sementara,” kata Yellen mengulas tentang kenaikan harga baru-baru ini.

“Tetapi saya tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa tekanan ini akan hilang dalam satu atau dua bulan ke depan. Ini adalah kejutan yang belum pernah terjadi bagi ekonomi global.” ujar beliau.

Pasaran pada hari ini akan mendapatkan laporan inflasi rasmi terbaru bagi bulan September selepas kadar tahunan harga pengguna pada Ogos mencecah 5.3 peratus.

Para pembuat dasar, termasuk Federal Reserve menyebutkan bahawa mereka melihat inflasi akan mereda, namun kenaikan harga minyak ke paras tertinggi melebihi $80 setong baru-baru ini telah menambah kerisauan bahawa tekanan inflasi tersebut akan bertahan lebih lama.

Yellen mengatakan perubahan dalam permintaan telah “menciptakan gangguan yang besar dalam rantai bekalan” dengan perbarisan kapal di pelabuhan AS yang panjang, menunggu untuk memunggahkan barang.

“Kami berjaya mengawal pandemik, ekonomi global sedang kembali, tekanan (inflasi) ini akan berkurang dan saya yakin akan kembali ke tahap normal,” ujar Yellen.

Walaupun “mungkin ada kekurangan terpencil” dari beberapa barang dalam beberapa bulan mendatang, Yellen menegaskan bahawa “ada banyak bekalan barang, dan saya rasa tidak ada alasan bagi pengguna untuk panik tentang ketiadaan barang untuk Krismas”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: