Yen Bermula Sedikit Kuat Hari Ini?

Yen Bermula Sedikit Kuat Hari Ini?

Yen bermula lemah di awal pasaran Asia berbanding kebanyakan mata wang dunia hari ini. Dengan didagangkan pada paras kira-kira 105.330 (XM Mt4) berban

Yen bermula lemah di awal pasaran Asia berbanding kebanyakan mata wang dunia hari ini. Dengan didagangkan pada paras kira-kira 105.330 (XM Mt4) berbanding Dolar Amerika. Manakala Yen bermula dengan 140.530 berbanding Pound Sterling.

 

Sentimen penjualan Yen yang merupakan salah satu aset Safe Heaven berterusan sejak PM Jepun, Abe mengumumkan rangsangan fiskal terbaru yang lebih agresif. “Helicopter Money” yang mungkin disediakan Jepun dilihat terus memacu sentimen penjualan Yen.

 

Sementara itu Pound Sterling UK terus dilihat dalam mode belian berikutan pengumuman PM dan kabinet baru yang akan membawa UK langkah demi langkah keluar dari blok ekonomi EU. Semalam BOE telah mengumumkan tiada potongan kadar bank rasmi setakat bulan Ogos. Sejak berita itu dikeluarkan, Pound terus menguat

 

Adakah mode jualan Yen dan belian Pound berterusan. Biarlah harga-harga yang berbicara..

 

gundam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: