Peti undi telah ditutup, kiraan undi sedang dijalankan, dan pada ketika artikel ini ditulis, Trump sedang mendahului Clinton 137-104. Pasaran mataw
Peti undi telah ditutup, kiraan undi sedang dijalankan, dan pada ketika artikel ini ditulis, Trump sedang mendahului Clinton 137-104.
Pasaran matawang bergerak satu arah dengan pasangan Dollar-Yen, Emas dan Dollar-Franc dilihat penggerak utama apabila pedagang seperti yang dijangka akan beralih arah kepada matawang ‘safe haven’ seperti Yen, Emas dan Franc di saat Trump dilihat mendahului pilihanraya. Anda boleh baca ulasan umum saya mengenai jangkaan pergerakan pasaran untuk sesi pilihanraya kali ini di pautan berikut : https://www.ctc.fm/dollar-yen-ulasan-hari-pilihanraya-presiden-s-beli-clinton-jual-trump/
Anda boleh ikuti perkembangan terkini keputusan pilihanraya presiden Amerika Syarikat di Bloomberg
http://www.bloomberg.com/graphics/2016-election-results/
Pilihanraya kali ini dilihat sangat sengit dan masih terlalu awal untuk menentukan siapa yang bakal memenanginya untuk kali ini. Namun secara kasarnya, kita sudah pun dapat lihat bagaimana reaksi pelabur dan bagaimana sentimen-sentimen pra pilihanraya menjadi pendorong kepada keputusan mereka di dalam pasaran.
COMMENTS