Yen Jepun (JPY) Sebagai Safe Haven Ungguli Pasaran Forex Hari Khamis

Yen Jepun (JPY) Sebagai Safe Haven Ungguli Pasaran Forex Hari Khamis

Yen menghadapi kesukaran untuk keluar daripada julat harian 30 pips berbanding USD pada dua sesi dagangan yang lalu. Namun pada pertengahan sesi pa

Yen menghadapi kesukaran untuk keluar daripada julat harian 30 pips berbanding USD pada dua sesi dagangan yang lalu.

Namun pada pertengahan sesi pasaran NY, momentum pembelian yen mula meningkat didorong oleh risk-off sentimen yang semakin kuat.

Saham ekuiti AS dibuka rendah pada hari Khamis berikutan para pelabur telah menghadam penilaian hawkish Fed melalui laporan minit mesyuarat FOMC terkini.

Di dalam minit tersebut, sebahagian besar ahli FOMC bersetuju untuk terus menaikkan kadar faedah dan butiran ini telah meningkatkan lagi jangkaan pasaran untuk melihat peningkatan kadar faedah secara beransur-ansur selepas tahun 2018.

Pemindahan keluar modal pelaburan daripada saham AS telah menyebabkan aliran masuk matawang yen yang tinggi menerusi kaedah ‘carry trade‘.

Berikut adalah perubahan yen berbanding matawang lain setakat jam 12.15 pagi:

Kekuatan Yen berjaya menarik USD/JPY keluar daripada zon consolidation, tembusi support penting 112.40 dan kini didagang sekitar 112.09, susut 0.51%:

.

Secara teknikal USD/JPY kini sedang menuju dan akan menguji garisan support psikologi di paras 112.00(S1). Jika paras ini berjaya ditembusi, harga berpotensi jatuh ke paras 111.60 (S2) kemudian ke paras 111.10 (S3).

Resistance pula berada di paras 112.70 (R1), 113.00 (R2) and 113.40 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: