Yen (JPY) Mengukuh Dengan Kelembapan Pertumbuhan Ekonomi Di China

Yen (JPY) Mengukuh Dengan Kelembapan Pertumbuhan Ekonomi Di China

Safe haven Yen mengukuh berbanding dollar pada hari Isnin berikutan para pelabur masih menilai isyarat kelembapan yang sedang berlaku di China selepa

Safe haven Yen mengukuh berbanding dollar pada hari Isnin berikutan para pelabur masih menilai isyarat kelembapan yang sedang berlaku di China selepas melaporkan kejatuhan pada pertumbuhan GDP suku tahun keempat yang lalu.

Data rasmi menunjukkan ekonomi China berkembang pada kadar 6.4% dalam pada suku tahun keempat, lebih rendah berbanding 6.5% pada suku tahun ketiga.

Kadar tersebut adalah paling perlahan sejak krisis kewangan global yang lalu dan merekodkan penurunan selama tiga suku tahun berturut-turut.

Isyarat kelembapan yang semakin meningkat di China yang meransang hampir satu pertiga pertumbuhan global mula membimbangkan para pelabur terhadap risiko dan kesan ke atas ekonomi dunia.

Suasana tersebut telah menekan USD/JPY jatuh -0.13% ke paras 109.62 setakat jam 7.20 petang.

Walau bagaimanapun, greenback telah melonjak melebihi 1% berbanding yen pada minggu lepas, naik ke paras tertinggi dua minggu yang lalu pada hari Jumaat pada harga 109.88

Harapan melihat konflik AS-China diselesaikan, dovish Federal Reserve dan optimis bahawa UK dapat mengelak daripada berlakunya ‘no-deal’ Brexit dilihat telah mengembalikan keinginan risiko para pelabur yang mana terpaku pada bulan Disember lalu akibat kejatuhan mendadak pasaran ekuiti global.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: