Yen Kukuh, GDP Jepun Berkembang 7 Suku Tahun Berturut-turut

Yen Kukuh, GDP Jepun Berkembang 7 Suku Tahun Berturut-turut

Pertumbuhan ekonomi Jepun meningkat 0.3% pada suku tahun ketiga, namun sedikit rendah berbanding bacaan suku tahun yang lalu sekitar 0.6%. Dalam unjur

Pertumbuhan ekonomi Jepun meningkat 0.3% pada suku tahun ketiga, namun sedikit rendah berbanding bacaan suku tahun yang lalu sekitar 0.6%. Dalam unjuran tahun ke tahun pula berkembang ke paras 1.4%, melebihi jangkaan 1.3%.

Walaupun kesemua laporan di atas menunjukkan pertumbuhan ekonomi bergerak sedikit perlahan pada Q3, namun secara keseluruhannya negara pemilik ekonomi ketiga terbesar di dunia ini berjaya mengekalkan perkembangan selama tujuh suku tahun berturut-turut.

Hal ini berjaya mempengaruhi sentimen matawang Yen sebagai salah satu intrumen matawang safe-haven yang dicari-cari dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Yen terus mengukuh berbanding matawang utama lain sepanjang dua sesi pasaran hari ini. Berikut adalah perubahan Yen setakat jam 5 petang.

Paras Teknikal USD/JPY

Sentimen USD yang terus melemah apabila matawang utama lain mengukuh sepajang minggu ini, menekan Indeks DYX jatuh ke paras terendah bulan Oktober lalu.

Kelamahan dolar menyebabkan USD/JPY menyusut ke bawah paras 113. Bias trend masih bullish, oleh itu paras 112.50 (S2) menjadi perhatian traders ketika ini. Key Support di paras 111.50 (S3)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: