usdjpy-yen-3

Yen Meroket Selepas Campur Tangan Jepun Dalam Pasaran FX Buat Kali Pertama Sejak 1998

Yen meroket tinggi pada hari Khamis selepas Fed sekali lagi mengulangi pendirian yang agresif terhadap kadar faedahnya sehingga menggugat unjuran pasaran bon dan saham.

Selain itu, Fed turut mengutarakan pandangan bagi kenaikan yang lebih besar dan lama dalam usaha mengurangkan tekanan inflasi.

Situasi tersebut telah mendorong Jepun untuk campur tangan dalam pasaran forex bagi menyokong mata wangnya buat pertama kali sejak 1998.

Campur tangan itu telah menyebabkan dolar AS kembali merosot selepas melonjak ke paras tertinggi dua dekad yang baharu.

Tindak balas pasaran bon memperlihatkan bahagian keluk hasil yang mengukur jurang antara bon 2-tahun dan 10-tahun menjadi semakin terbalik sebelum sedikit mereda untuk berdiri pada -42.0 mata asas.

Ukuran yang tidak pernah dilihat sejak tahun 2000 itu memberi isyarat kemungkinan akan berlakunya kemelesetan dalam satu atau dua tahun.

Saham pula jatuh lebih jauh di Wall Street dan di Eropah, di mana ancaman Rusia pada hari Rabu untuk menggunakan senjata nuklear menguatkan tekanan ekonomi sedia ada dan ketidaktentuan akibat perang Ukraine.

Bagaimanapun, berita bahawa kerajaan Jepun mula campur tangan bagi menyokong yen sejurus pasaran Eropah dibuka telah mengalihkan perhatian pelabur daripada perkembangan sebelumnya.

Mata wang Jepun melonjak hampir 4% kepada 140.31 berbanding dolar AS daripada 145.81 dalam masa 40 minit sebelum stabil sekitar 142.00.

Bagaimanapun, tindakan Jepun itu dijangka akan berlarutan lebih lama berikutan nilai yen telah susut sebanyak 20% setakat tahun ini dengan separuh daripada itu hanya berlaku dalam tempoh 6 minggu yang lalu.

Bank pusat menaikkan kadar di seluruh dunia sementara tindakan Jepun membantu yen yang lemah menyejukkan ledakan terbaru dolar ke paras tertinggi baharu, kata Joe Manimbo, penganalisis pasaran kanan AS di Convera.

“Namun keazaman Fed yang tidak berbelah bahagi untuk memulihkan inflasi ke paras 2% berkemungkinan mengekalkan dolar untuk disokong dengan baik di masa hadapan,” tambahnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *