Yen Terlalu Kuat Hari Ini

Yen Terlalu Kuat Hari Ini

Sepanjang pasaran Asia hari ini permintaan terhadap Yen Jepun terlalu besar hingga membantai kebanyakan mata wang utama dunia. Pada satu ketika nilai

Sepanjang pasaran Asia hari ini permintaan terhadap Yen Jepun terlalu besar hingga membantai kebanyakan mata wang utama dunia. Pada satu ketika nilai Yen dilihat paling tinggi sejak pertengahan julai. Ini mungkin disebabkan sentimen pasaran terhadap polisi kewangan BOJ yang akan diumumkan Jumaat nanti

 

Pada satu ketika USDJPY diniagakan pada paras 103.983 (XM mt4) sebelum sesi ambilan untung berlaku menyebabkan Yen sedikit melemah ketika memasuki pasaran New York. Ketika ulasan ini ditulis, USDJPY berada pada paras 104.700.

 

The Nikkei Financial Daily edisi selasa hari ini melaporkan kemungkinan Kerajaan Jepun akan menyuntik sebanyak 6 Trilion Yen secara terus sebagai rangsangan fiskal untuk memacu pertumbuhan ekonomi Jepun untuk beberapa tahun mendatang. Jika benar, nilai 6 trilion Yen ini adalah dua kali ganda daripada nilai asal. Secara keseluruhan suntikan mungkin mencecah 20 trilion Yen.

 

Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: