Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 31/10 – 04/11/2016

Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 31/10 – 04/11/2016

Seperti 2 minggu lalu, minggu lepas juga tidak bayak yang menarik bagi Yen. Yen bermula lemah minggu lalu sebelum mengorak langkah menjadi penunggang 

Seperti 2 minggu lalu, minggu lepas juga tidak bayak yang menarik bagi Yen. Yen bermula lemah minggu lalu sebelum mengorak langkah menjadi penunggang yang mengambil kesempatan kelemahan lain-lain mata wang.

 

Minggu lalu Yen berbanding Dolar Amerika mula diniagakan pada paras 103.835 sebelum ditutup niaga pada harga 104.546. EURJPY pula bermula lemah pada harga 112.980 dan ditutup pada 114.833. Secara keseluruhan Yen Jepun diniagakan lemah sepanjang minggu lalu berbanding kebanyakan mata wang dunia.

 

Minggu ini, 31/10 – 04/11/2016 dijangkakan dagangan Yen akan kembali sibuk pada hari Selasa 01 November. Kira-kira jam 8.30 pagi waktu Malaysia, Bank Jepun, BOJ akan membentangkan laporan sukuan ketiga 2016 pandangan hadapan ekonomi BOJ, Penyata Kadar Faedah, dan Sidang Media BOJ oleh gabenornya.

 

Walaupun tiada data berkala makroekonomi berimpak tinggi dari Jepun yang akan  dikeluarkan, namun sidang media oleh BOJ pada hari Selasa dijangkakan akan memberikan banyak impak kepada keseluruhan pasaran mata wang. BOJ dijangkakan tidak akan mengubah apa-apa polisi yang diguna pakai sekarang. Namun pasaran perlu memberi perhatian terhadap butiran sidang media BOJ berkenaan kadar inflasi dan program pembelian aset oleh BOJ.

 

Minggu ini Yen mempunyai banyak peluang lebih susut nilai berbanding Dolar Amerika berikutan minggu sibuk Dolar Amerika bermula Isnin hingga Jumaat. Sebarang berita yang lebih baik daripada Negara Uncle Sam sudah pasti akan melemahkan lagi nilai Yen. Jepun memerlukan nilai Yen yang lebih rendah bagi merangsang ekonomi Jepun dengan lebih baik. Namun sifat Yen yang menjadi Aset “Safe Heaven” telah memberi kesukaran bagi Jepun merangsang ekonominya dengan lebih baik.

 

Secara teknikal, pada permulaan pasaran minggu ini USDJPY pada time frame harian dan 4 Jam, berada di atas Senkou Span yang menunjukkan kenaikan USDJPY yang agak kuat di time frame harian dan 4 jam. Manakala EURJPY CSP mingguan sudah terbentuk CSP Bullish Engulfing yang memberi tanda berkemungkinan Yen akan terus melemah berbanding Euro sepanjang minggu ini.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: