Yen VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 28/11 hingga 02/12

Yen VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 28/11 hingga 02/12

USDJPY terus mengukuh lagi sehingga 370 pips minggu lalu. Agak menakjubkan kekuatan Dolar Amerika menghentam Yen sejak Donald Trump memenangi pilihanr

USDJPY terus mengukuh lagi sehingga 370 pips minggu lalu. Agak menakjubkan kekuatan Dolar Amerika menghentam Yen sejak Donald Trump memenangi pilihanraya presiden Amerika Syarikat 09/11 lalu. USDJPY mula diniagakan pada paras harga 110.913, membuat sedikit pembetulan pasaran ke paras 110.264 lalu terus mengukuh ke harga tertinggi 8 bulan 113.890 sebelum menutup pasaran minggu lalu di 113.035

 

Secara makroekonomi minggu lalu, dengan ketiadaan data berkala makroenomi berimpak tinggi, kenaikkan USDJPY terus dipacu belian dalam dagangan Dolar US yang kelihatan lebih menarik untuk dibeli sejak 09 November lepas. Minggu hadapan, dijangka pergerakan turun naik Yen ini akan masih lagi dipacu data berkala daripada US sendiri.

 

Minggu hadapan juga merupakan minggu NFP yang ditunggu-tunggu pasaran. Data pekerjaan bukan pertanian atau NFP akan diterbitkan pada hari Jumaat jam 9.30 malam waktu Malaysia. Selain data berkala markoekonomi daripada US, hasil mesyuarat negara-negara pengeluar minyak dunia, OPEC yang akan diadakan di Vienna pada hari Rabu juga akan memberikan kesan pada USDJPY.

 

Secara teknikal pula, harga penutupan pasaran USDJPY minggu lalu pada 113.035 sedang menghampiri BRN Resistant 113.800. Sekiranya harga di Time Frame harian dapat tutup di atas paras psikologi 113.8, ada potensi besar USDJPY terus naik lagi ke atas. Melihat secara teknikal Indikator RSI14 di Time Frame harian, harga sudah berada di kawasan terlebih belian, dan dijangkakan sebarang penurunan adalah bersifat pembetulan pasaran untuk harga terus naik kerana di Time Frame mingguan RSI14 sudah berada di paras 65.5 yang menunjukkan momentum belian USDJPY yang baik

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: