Yen VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 21-25 November 2016

Yen VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 21-25 November 2016

USDJPY menokok melebihi 400 pips minggu lalu! Mula untuk diniagakan pada paras 106.866 dan terus mengukuh hingga ke saat-saat akhir pasaran New York m

USDJPY menokok melebihi 400 pips minggu lalu! Mula untuk diniagakan pada paras 106.866 dan terus mengukuh hingga ke saat-saat akhir pasaran New York minggu lalu. Kenaikan ini dicanangkan oleh Dolar Amerika yang kukuh selepas Donold Trump memenangi pilihanraya presiden US dan pengukuhan indeks Nikkei 225. USDJPY ditutup niaga pada harga 110.859.

 

Minggu lalu data berkala KDNK bagi sukuan ketiga yang diterbitkan Isnin lalu agak mengejutkan pasaran. Dengan pengembangan 0.5% berbanding 0.2% berbanding sukuan kedua lalu. Eksport Jepun yang pulih banyak membantu KDNK yang lebih baik ini. Gabenor BOJ, Kuroda masih mengekalkan pendapatnya yang risiko ekonomi masih ke arah penguncupan. Tambah Kuroda lagi, BOJ tidak akan teragak-agak menambah pakej rangsangan lagi jika momentum pemulihan semakin perlahan.

 

Minggu hadapan tidak ada data berkala makroekonomi berimpak tinggi akan dikeluarkan daripada Jepun. Dijangkakan turun naik USDJPY banyak dipacu data berkala makroekonomi daripada Amerika Syarikat.

 

Secara teknikal pula, harga penutupan pasaran USDJPY menghampiri paras 50.0 Fibonachi Retracement sejak jatuhan bermula bulan November 2015. Menggunakan teknikal Ichimoku Kinko Hyo, harga penutup minggu lalu sudah jauh meninggalkan Senkou Span di Time Frame harian, 4 jam, dan 1 jam yang menggambarkan momentum belian yang sangat kuat. Indikator RSI 14 di Time Frame harian juga berada pada paras terlebih belian. Terdapat kemungkinan USDJPY akan melakukan pembetulan pasaran sebelum meneruskan momentum belian. Paras harga psikologi yang perlu dipecahkan bagi meneruskan perjalanan ke utara adalah 110.440

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

ctc-news

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: