Yoshihide Suga Kukuhkan Kedudukan Sebagai Calon PM Jepun Yang Baru, Berjanji Akan Teruskan Dasar ‘Abenomics’

Yoshihide Suga Kukuhkan Kedudukan Sebagai Calon PM Jepun Yang Baru, Berjanji Akan Teruskan Dasar ‘Abenomics’

Yoshihide Suga, penasihat bekas PM Jepun Shinzo Abe yang paling dipercayai serta menjawat jawatan terkanan sebagai Ketua Setiausaha Kabinet Jepun ber

Yoshihide Suga, penasihat bekas PM Jepun Shinzo Abe yang paling dipercayai serta menjawat jawatan terkanan sebagai Ketua Setiausaha Kabinet Jepun berjanji akan mengekalkan dasar monetari yang ultra longgar jika dilantik sebagai Perdana Menteri.

Suga, 71, menyuarakan hasrat untuk bertanding dalam pemilihan presiden Parti Liberal Demokrat (LDP) selepas melihat sokongan majoriti berbanding dua pesaingnya iaitu mantan Menteri Luar Negeri Fumio Kishida dan mantan Menteri Pertahanan Shigeru Ishiba.

“Secara peribadi saya ingin meneruskan Abenomics dengan rasa penuh tanggungjawab, dan membawa ia kehadapan. Saya juga ingin menjaga hubungan dengan Bank Pusat Jepun sebagaimana Perdana Menteri Abe,” kata Suga dalam sebuah sidang akhbar di Tokyo.

Hasil pungutan suara tidak rasmi menunjukkan 276 undian berpihak kepada Suga termasuk sokongan dari kem beliau sendiri, lebih 10 undian dari jumlah yang diperlukan untuk memenangi pemilihan tersebut.

Kemenangan itu juga akan memastikan Suga diangkat sebagai perdana baru pertama Jepun dalam hampir lapan tahun berikutan LDP mempunyai pengaruh yang besar dalam undian di parlimen yang bakal dilaksanakan pada 16 September.

Sebarang isyarat yang menunjukkan peralihan dari dasar Abenomic berpotensi melonjakkan nilai yen dan menurunkan saham, serta memicu kepada penilaian semula outlook negara.

Oleh itu, keputusan ekonomi pertama sebagai PM yang baru adalah tempoh untuk negara menumpukan semula kepada pertumbuhan berbanding bantuan kepada para peniaga dan isi rumah.

Pengumuman Suga di atas telah mendorong Yen menyusut sebanyak 0.3% berbanding USD kepada 106.28 setakat jam 2 petang.

Selain dasar, Suga juga mengatakan bahawa beliau akan berusaha menjaga hubungan diplomatik yang telah terjalin antara Abe dan Presiden Donald Trump.

Beliau juga dijangka akan meneruskan tugas Abe menyelesaikan perselisihan wilayah dengan Rusia dan mendapatkan semula warga Jepun yang diculik di Korea Utara.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: