Dollar AS dan Yuan China menyusut pada hari Khamis sesi Asia walaupun terdapat laporan yang mengisyaratkan bahawa Washington dan Beijing semakin hamp
Dollar AS dan Yuan China menyusut pada hari Khamis sesi Asia walaupun terdapat laporan yang mengisyaratkan bahawa Washington dan Beijing semakin hampir mencapai kesepakatan terhadap konflik perdagangan mereka.
Sehingga jam 2.05 petang, indeks USD yang mengukur kekuatan dollar berbanding enam matawang lain mendatar di paras terendah 97.06 mata, selepas jatuh 30 mata asas pada hari Rabu yang lalu.
Yuan pula naik 0.1% berbanding dollar, didagang pada paras 6.7144
Kedua-dua matawang ini jatuh walaupun dengan kemajuan yang positif rundingan perdagangan dan peningkatan titik tengah bagi penetapan rujukan kadar faedah oleh bank pusat China PBoC.
Fed pula memutuskan untuk memansuhkan kesemua unjuran rate hike pada tahun ini kerana bimbang dengan kelemahan pertumbuhan domestik akan menekan dollar.
Ahli ekonomi melihat penamatan kitaran pengetatan Fed semakin jelas apabila beberapa risiko telah tercapai dan secara keseluruhannya mengembangkan kadar faedah akan meningkatkan lagi tekanan ke atas dollar.
Selain itu, data pekerjaan swasta yang lebih lemah daripada jangkaan turut menyokong pandangan Fed untuk menghentikan sementara peningkatan kadar faedah.
Data ADP NFP melaporkan penambahan kecil 129,000 pekerjaan pada bulan Mac yang lalu, lebih rendah berbanding angka 197,000 di bulan Februari dan meleset jauh daripada jangkaan pasaran yang melihat peningkatan sekitar 184,000 pekerjaan.
COMMENTS