Yuan China Mengukuh, PBoC Menetapkan Kadar Pinjaman Premier (LPR) Yang Lebih Rendah Bermula Tahun Hadapan

Yuan China Mengukuh, PBoC Menetapkan Kadar Pinjaman Premier (LPR) Yang Lebih Rendah Bermula Tahun Hadapan

Jabatan Pembelian dan Logistik China (CFLP) pada jam 9 pagi hari Selasa akan menerbitkan data bagi aktiviti sektor pembuatan pada bulan Disember yang

Jabatan Pembelian dan Logistik China (CFLP) pada jam 9 pagi hari Selasa akan menerbitkan data bagi aktiviti sektor pembuatan pada bulan Disember yang mana dijangka memaparkan penurunan kecil daripada 50.2 kepada 50.1 mata.

Angka ini akan dijadikan indikator awal sebelum pasaran menerima bacaan indeks PMI Pembuatan daripada Caixin pada hari Khamis.

Ekonomi China pada suku tahun ketiga telah melemah ke paras terendah tiga dekad yang lalu, didorong oleh permintaan domestik yang lemah dan serangan tarif AS.

Tanda-tanda kelemahan yang berterusan akan menekan Beijing untuk membentangkan lebih banyak ransangan melalui dasar-dasar yang lebih longgar bagi mengatasi kemerosotan yang lebih besar.

Bank Pusat China (PBoC) pula telah menetapkan kadar yuan pada paras 6.9805 berbanding dollar, lebih kuat berbanding 6.9879 yang ditetapkan pada hari Jumaat lalu berikutan yuan semakin mengukuh daripada paras tertinggi lima bulan yang lepas.

Selain itu, PBoC pada hujung minggu yang lalu telah mengumumkan pendekatan yang baru terhadap penetapan aras pinjaman.

Pemberi pinjaman termasuk pihak bank akan menukarkan kadar pinjaman premier (LPR) yang baru pada paras 4.15% bagi pinjaman setahun bermula 1 Januari, lebih rendah daripada penanda aras semasa 4.35%.

Menjelang penutupan pasaran sempena sambutan tahun baru esok, para pelabur masih menantikan tarikh bagi upcara menandatangani perjanjian fasa pertama AS-China secara rasmi.

Perkembangan di semenanjung Korea juga akan terus diteliti terutamanya jika terdapat sebarang ujian peluru berpandu dilakukan oleh Korea Utara pada tahun baru.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: